Jejantas uzur undang bahaya

Jejantas uzur undang bahaya

BUMBUNG jejantas pejalan kaki di hadapan SMK Batu 5 yang rosak dan tercabut sejak lebih tiga tahun lalu di Jalan Jeniang, Sik. – UTUSAN/OTHMAN YAHAYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GURUN: Kira-kira 500 pelajar di dua sekolah berdepan risiko bahaya ekoran bumbung  jejantas pejalan kaki di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Batu 5, Jalan Jeniang di sini pecah dan rosak, malah tidak dibaiki sejak lebih tiga tahun lalu.

Pelajar SMK Batu 5 dan murid Sekolah Kebangsaan (SK) Batu 4 tiada pilihan kerana jejantas itu merupakan jalan pintas yang menghubungkan sekolah dengan beberapa kampung di situ.

Seorang penduduk Kampung Batu 3, Muhammad Yamin Latif, 45, berkata, dua anaknya iaitu pelajar Tingkatan Satu dan Dua di SMK Batu 5, menggunakan jejantas itu setiap hari.

“Jika menggunakan jalan biasa mereka perlu berjalan kaki hampir 1.5 kilometer (km) dan ini tentunya akan memenatkan terutamanya waktu tengah hari ketika pulang dari sekolah.

“Saya juga tidak membenarkan mereka menggunakan motosikal kerana tidak mempunyai lesen memandu, malah laluan di simpang tiga Taman Ria Mesra, di sini juga berbahaya kerana banyak kenderaan,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Sementara itu, Mat Taib Talib, 46, yang juga mempunyai anak bersekolah di kawasan itu berkata, anaknya terpaksa menggunakan jejantas tersebut kerana rumah mereka di Kampung Paya Mengkuang yang terletak bersebelahan jalan raya.

“Saya menggunakan jalan kampung dan menghantar anak sehingga ke jejantas ini kerana jika menggunakan jalan biasa perlu membuat pusingan U yang jauhnya kira-kira 1.5km.

“Sepatutnya bumbung jejantas ini dibaiki segera bagi memudahkan pelajar melaluinya terutamanya ketika hujan,” katanya.

Sementara itu, pelajar Tingkatan Empat yang hanya mahu dikenali sebagai Ayu berkata, dia dan kawan-kawan sering bimbang ketika melalui jejantas pejalan kaki terbabit untuk ke sekolah yang terletak di seberang jalan setiap

hari.

“Bumbung jejantas ini diperbuat daripada plastik keras dan serpihannya boleh menimpa dan mencederakan kami jika tercabut.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya