Hussein Omar Khan dilantik Ketua Polis Selangor baharu

Hussein Omar Khan dilantik Ketua Polis Selangor baharu

ACRYL Sani Abdullah Sani menyaksikan S. Sasikala Devi (kiri) menyerahkan dokumen serah tugas kepada Hussein Omar Khan dalam Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Selangor di Maktab PDRM Kuala Lumpur, Cheras, hari ini. - FOTO/MUHAMAD IQBAL ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengalaman yang dimiliki Datuk Hussein Omar Khan mampu memantapkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam mengetuai Kontinjen Selangor. 

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, beliau memberi sepenuh kepercayaan atas kebolehan dan pengalaman dimiliki Hussein dalam mentadbir Kontinjen Selangor.

“Datuk Hussein Omar juga telah berkhidmat dalam PDRM selama 27 tahun khusus dalam siasatan jenayah dan pernah berkhidmat di bawah Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma).

“Justeru, kita percaya dengan pengalaman yang luas akan membantu khidmat kepolisan,” katanya dalam Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Selangor di Maktab PDRM, di sini hari ini. 

Hussein yang merupakan Timbalan Pengarah Risikan dan Operasi, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman menggantikan Datuk S. Sasikala Devi yang akan kembali bertugas sebagai Timbalan Ketua Polis Selangor selepas tiga bulan berkhidmat sebagai Pemangku Ketua Polis Selangor.

Turut berlangsung, majlis serah terima tugas Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (Perkep) Selangor antara S. Sasikala Devi dengan Datin Liliyana Haryanti Mohd. Harunizam. 

Sementara itu, Hussein dalam ucapannya menzahirkan rasa terima kasih atas pelantikannya dan berharap dapat mengetuai kontinjen tersebut dengan sokongan padu warga PDRM di Selangor. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya