Gempa: Kanak-kanak paling terjejas

Gempa: Kanak-kanak paling terjejas

LEBIH tujuh juta kanak-kanak terkesan dengan gempa bumi di Turkiye dan Syria akibat kehilangan ibu bapa dan tempat tinggal, kekurangan bekalan makanan, faktor kesihatan dan cuaca yang sejuk. - PERTUBUHAN PEDULI IHSAN MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kanak-kanak menjadi antara golongan paling terjejas dengan impak gempa bumi di Turkiye dan Syria yang melanda sejak minggu lalu.

Ribuan kanak-kanak kehila­ngan tempat bergantung kerana kematian ibu bapa, kemusnahan tempat tinggal, kekurangan bekalan makanan malah terpaksa mengharungi cuaca yang begitu sejuk setiap hari.

Apa yang paling membimbangkan, kebanyakan kanak-kanak di sana akan terkesan dari segi mental dan mengalami trauma, fobia dan ketakutan kerana mereka tidak pernah menghadapi situasi gempa bumi sebelum ini.

Justeru, mereka amat memerlukan sokongan moral daripada pelbagai pihak untuk meneruskan kehidupan serta membina kehidupan baharu.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, pegawai perhubungan awam Pertubuhan Peduli Insan Malaysia, Shahira Irwani menjelaskan, sokongan dan bantuan terhadap kanak-kanak menjadi antara fokus utama organisasi­nya sepanjang memberi bantuan di Turkiye dan Syria.

Katanya, ia merupakan sebahagian daripada proses pembangunan semula kehidupan di kawasan gempa bumi meliputi tempoh secara jangka panjang.

“Pasca gempa bumi adalah paling penting dan bantuan perlu berterusan kerana proses untuk bina semula kehidupan mang­sa sebenarnya memakan masa yang agak lama, terutama dalam musim sejuk dan bakal menempuhi bulan Ramadan nanti.

“Jadi, mereka diberi bantuan seperti makanan dan tempat tinggal, malah kita memberikan sokongan dari segi kesihatan mental dan sokongan psikologi kepada kanak-kanak yang trauma selepas berada di bawah timbunan gempa bumi,” kata­nya ketika dihubungi.

Peduli Insan merupakan salah satu pertubuhan dari Malaysia yang diiktiraf Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nad­ma) berpangkalan di Turkiye dan Syria serta bergerak aktif memberi bantuan kemanusiaan sejak hari pertama gempa bumi melanda kedua-dua negara tersebut.

Pengumpulan dana yang diperoleh Peduli Insan kebanyakannya dibuat di Malaysia dan Indonesia, serta penderma dari Singapura dan Thailand sebelum disalurkan terus ke Turkiye dan Syria.

Malah, menurut Shahira, pasukan dari Malaysia yang diketuai Pengerusi Peduli Insan, Mohd. Luqmanulhakim Mohd. Rezuan yang berlepas ke Lubnan baru-baru ini akan turut serta memberi bantuan di Turkiye dan Syria.

“Sepanjang di sana, kita telah memberi bantuan makanan, peralatan musim sejuk dan bantuan mencari dan menyelamat. Di Gaziantep, Turkiye, kita memberi bantuan pembersihan, bahan bakar, selimut dan peralatan musim sejuk.-utusan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya