Gempa bumi: PASRelief salur bantuan awal RM10,000

Gempa bumi: PASRelief salur bantuan awal RM10,000

Wakil PASRelief, Ahmad Tarmizi Sulaiman (dua dari kanan) bersama beberapa ahli Parlimen ketika hadir menyampaikan sumbangan untuk mangsa gempa bumi di Turkiye kepada duta negara tersebut.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebanyak RM10,000 bantuan untuk mangsa gempa bumi di Turkiye disampaikan PASRelief kepada Duta  Besar negara terbabit, Emir Salim Yuksel.

Bantuan awal tersebut disampaikan sebagai tanda solidariti dan kemanusian kepada negara tersebut ekoran kejadian gempa bumi pada 6 Februari lalu.

Sumbangan disampaikan wakil Ahli Jawatankuasa PASRelief, Datuk Mumtaz Mat Nawi dan Ahmad Tarmizi Sulaiman bagi memastikan segala kelengkapan penting dan agihan bantuan dapat dilaksanakan secepat mungkin. 

PASRelief bersama Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) juga akan menyertai misi bantuan ke Turkiye yang diketuai oleh Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, untuk membantu mangsa gempa bumi bermula  2 Mac hingga 7 Mac ini.

Sebarang sumbangan dan bantuan boleh dihulurkan menerusi akaun Maybank Islamic  diatas nama PASRELIEF  5640-7061-2333. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya