Gambar Nik Aziz pun saya gantung di pusat khidmat saya - Rayer 

Gambar Allahyarham Nik Abdul Aziz pun saya gantung di pusat khidmat saya – Rayer 

RSN RAYER
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen DAP bangkit mencelah menyatakan kekecewaannya terhadap kepemimpinan terdahulu dan terkini Pas yang dilihat jauh berbeza setelah pemergian bekas Mursyidul Am parti itu, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat

Sebelum itu, Datuk Che Mohamad Zulkifly Jusoh (PN-Besut) membangkitkan soal ketidakpuasan seorang calon pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) menyaksikan Pas menang sebahagian besar kerusi Parlimen. 

Mohamad Zulkifly kemudian berhujah bahawa Pas bukan parti politik bermasalah, malah tidak memainkan sentimen keterlaluan. Ini membuatkan RSN Rayer (PH-Jelutong) bangkit dan membantah kenyataan itu. 

RSN Rayer berkata, beliau amat menghormati Nik Abdul Aziz sehingga semasa menjadi Ahli Dewan Negeri (ADUN) Seri Setia, beliau meletakkan gambar pemimpin itu di pusat khidmatnya, malah sanggup memperuntukkan sejumlah dana untuk mengecat bangunan warna hijau dan putih. 

Bagaimanapun, melihat corak pimpinan Presiden, Tan Sri Abdul Hadi Awang, beliau terguris hati apabila pemimpin itu mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman dan mendakwa bahawa orang bukan Melayu dan Islam lebih cenderung melakukan rasuah. 

Mohd. Sany Hamzan (PH-Hulu Langat) kemudian mencelah dan menyebut secara sinis bahawa rasuah itu merupakan ‘sedekah’. 

Mohd. Sany: Saya mahu betulkan Jelutong, itu salah. Sebab sekarang ini rasuah itu dikira sedekah. Jelutong kena tahu yang itu (tentang rasuah). 

RSN Rayer: (Tentang rasuah) yang mana pemberian wang kepada pengundi adalah sedekah. Ini pengakuan yang terang-terang bahawa Abdul Hadi telah beri (wang) kepada pengundi pada pilihan raya umum sebelum ini. Jadi, apa komen? Adakah benar pengundi cenderung mengundi Perikatan Nasional (PN) sebab terima wang? 

Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas) kemudian tampil mempertahan tindakan Abdul Hadi mengenai pemberian wang dilakukannya sebelum ini. 

Ahmad Fadhli: Jelutong ini sudah tiada modal sebenarnya. Kenyataan sebenar yang dikeluarkan Marang apabila wang itu tidak melibatkan calon dan wakil-wakilnya. Kenapa tidak dengar dengan telinga betul? Kalau kaki tidak mengapa, asalkan jangan telinga tidak betul. 

RSN Rayer: Rasuah itu rasuah Yang Berhormat. 

Isu rasuah timbul di Dewan Rakyat menyorot kenyataan Abdul Hadi sebelum ini yang mendakwa, pengagihan wang oleh segelintir individu kepada pengundi ketika PRU15 adalah ‘sedekah’. 

Utusan Malaysia bulan lalu melaporkan, sebarang pemberian kepada pengudni sebelum atau semasa pilihan raya sekali pun mempunyai niat sedekah merupakan satu kesalahan sogokan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya