Elaun 9,439 pembantu Tabika Kemas naik RM800 - Utusan Malaysia

Elaun 9,439 pembantu Tabika Kemas naik RM800

AHMAD Zahid Hamidi (tengah) menyaksikan Tengku Ahmad Nadzri Tengku Musa (dua, kanan) menyerahkan sumbangan Tabung Bencana Gempa Bumi Turkiye-Syria kepada Jamal Sharifuddin Johan (dua, kiri) di Dungun, hari ini. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN: Seramai 9,439 kakitangan Pembantu Pendidikan Masyarakat Sukarela (PPMS) Tabika Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) akan menerima kenaikan elaun kepada RM800 sebulan bermula Mac ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, kakitangan PPMS tersebut menerima kenaikan elaun tersebut setelah kerajaan meluluskan peruntukan tambahan sebanyak RM30 juta pada pembentangan Belanjawan 2023, semalam.

Menurutnya, kakitangan tersebut sebelum ini menerima elaun sebanyak RM500 sebulan.

“Peruntukan tambahan keseluruhan yang dimohon oleh Kemas melalui Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) sebanyak RM86.6 pada Belanjawan 2023 seperti diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Belanjawan 2023 semalam,” katanya. 

Beliau berkata demikian selepas menyaksikan majlis penyerahan sumbangan Tabung Bencana Gempa Bumi Turkiye-Syria di Ibu Pejabat Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) di Bandar Al Muktafi Billah Shah di sini, hari ini.

Pada majlis itu, Pengurus Besar Ketengah, Datuk Tengku Ahmad Nadzri Tengku Musa menyerahkan sumbangan sebanyak RM101,900 kepada wakil Tabung Bencana Gempa Bumi Turkiye-Syaria Kementerian Luar Negeri, Jamal Sharifuddin Johan.

Sebelum itu, Ahmad Zahid yang juga Menteri KKDW turut menghadiri taklimat pembangunan Ketengah.

Bayaran elaun PPMS itu bermula pada tahun 2011 yang melibatkan bayaran sebanyak RM400 sebulan, sebelum dinaikkan RM500 sebulan pada tahun 2017.

Ahmad Zahid memberitahu, keputusan menaikkan elaun PPMS itu menunjukkan kerajaan menghargai jasa, sumbangan dan tenaga anggota Kemas tersebut.

Dalam pada itu, Timbalan Perdana Menteri berkata, Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) perlu rasional dan memahami kekangan kewangan yang dihadapi kerajaan ketika ini dalam memenuhi semua tuntutan penjawat awam.

Menurutnya, kerajaan sentiasa berusaha untuk memenuhi harapan dan permintaan penjawat awam di sebalik kekangan kewangan yang sedang dialami.

“Saya fikir Cuepacs sebagai sebuah organisasi yang menjaga kepentingan penjawat-penjawat awam tentunya memahami situasi ini.

“Pada hemat saya, Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) juga memberikan keprihatinan yang tinggi kepada permintaan daripada penjawat awam.

“Ini juga termasuk memberikan bonus khusus sebanyak RM 700 untuk Aidilfitri dan RM350 bagi pesara,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya