ECRL: Kerajaan negeri selesai dahulu isu rumah, tanah kubur - Utusan Malaysia

ECRL: Kerajaan negeri selesai dahulu isu rumah, tanah kubur

ECRL
AMIRUDIN Shari menerima memorandum daripada penduduk berhubung isu ECRL yang disampaikan oleh Shapawi Hashim ketika menghadiri Program Kita Selangor Penyayang dekat Pangsapuri Seri Perantau Pelabuhan Klang, di Klang, Selangor, hari ini. - UTUSAN / ABDUL RAZAK IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Projek pembinaan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang melibatkan laluan di kawasan penempatan seperti Kampung Delek, Sungai Sireh dan Sungai Delek tetap akan diteruskan dengan melakukan pengubahsuaian termasuk pemindahan penduduk.

Bagaimanapun, isu penempatan penduduk dan kawasan tanah perkuburan akan diselesaikan terlebih dahulu sebelum projek tersebut diteruskan.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, kerajaan negeri akan mengutamakan penyelesaian isu penempatan penduduk termasuk menyedian kediaman baharu kepada mereka dahulu serta pengurusan tanah perkuburan yang terjejas.

“Orang pada masa ini mesti masih tertanya-tanya tentang isu ECRL di sebabkan ada kawasan perumahan dan kawasan perkuburan yang terkena.

“Setakat ini kita hanya bersetuju secara asas pembinaan laluan itu. Secara teliti, pihak ECRL datang kepada kita menyertakan pelan bagaimana untuk melalui kawasan-kawasan tersebut,” katanya ketika berucap pada Program Kita Selangor Penyayang di Flat Seri Perantau, Pelabuhan Klang, hari ini.

Terdahulu, lebih 100 penduduk Taman Sungai Sireh, di sini membantah keputusan kerajaan untuk membina landasan ECRL di kawasan terbabit.

Penduduk kawasan berkenaan mendakwa tidak ada wakil daripada kerajaan yang berjumpa mereka bagi memaklumkan perkara berkenaan.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Taman Sungai Sireh, Shapawi Hashim memberitahu, penduduk hanya mengetahui mengenai keputusan Kementerian Pengangkutan untuk membina rel di kawasan taman perumahan itu setelah membaca berita itu laman portal rasmi milik kementerian tersebut.

Amirudin menjelaskan, projek yang menjejaskan 86 kawasan perkuburan dan 89 perumahan tersebut akan diperhalusi secepat mungkin bagi memastikan petempatan penduduk tidak terkesan seandainya laluan tersebut kekal sebagaimana pelan asal.

“Kita pada awalnya cuba sedaya upaya elak laluan ini tetapi nampaknya tidak ada jalan lagi. Sekarang sudah separuh jalan (kita perlu juga teruskan).

“Kerana ada hutang besar ditanggung Kerajaan Persekutuan jika ia ditangguhkan, tapi tidak mengapa pegang janji saya. Saya ada berjumpa dengan penduduk pagi ini, isu ini menjadi keutamaan saya.

“Pulang dari sini kita akan mencari solusi, kenal pasti mana rumah gantian yang saudara boleh tinggal serta penilaian tanah-tanah yang dilanggar dan terpaksa dihadapi oleh ECRL,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya