Dua daerah di Kedah dilanda banjir kilat

Dua daerah di Kedah dilanda banjir kilat

ANGGOTA APM Bandar Baharu memantau rumah yang dinaiki air di daerah itu ekoran hujan lebat sejak pukul 3 petang di Relau, Bandar Baharu. -IHSAN APM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANDAR BAHARU: Sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Sekolah Kebangsaan (SK) Relau, di sini setelah 15 rumah dilanda banjir kilat berikutan air sungai melimpah akibat hujan lebat melebihi dua jam di daerah ini, petang ini.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Bandar Baharu, Leftenan (PA) Abdul Rahim Khairuddin berkata, PPS berkenaan menempatkan tiga buah keluarga.

Katanya, antara kawasan dinaiki air adalah Kampung Paya Semambung, Kampung 300 Kaki dan Kampung Kilang Batu dalam mukim Relau yang melibatkan 12 buah rumah, serta dua di Kampung Tengah, mukim Serdang.

“Sebuah lagi rumah mengalami banjir kilat adalah di Kampung Balai Lama, mukim Sungai Kechil Ilir setelah hujan bermula pukul 3 petang tadi,” katanya di sini, hari ini.

Menurut Abdul Rahim, hanya paras air sungai di Kampung Tengah yang menunjukkan tren meningkat sementara paras air sungai di kawasan lain semakin menurun.

Sementara itu di Yan, hujan lebat di daerah itu turut mengakibatkan Kampung Ruat dan beberapa jalan utama di Seberang Pekan Yan, di sini dinaiki air.

BEBERAPA jalan raya yang turut dinaiki air di Yan.

Walaupun beberapa kediaman penduduk dimasuki air, namun tiada rumah yang terjejas teruk atau perlu berpindah ke PPS.

Malah, pemantauan yang dibuat Anggota APM Yan turut mendapati paras air Sungai Ruat dan Sungai Yan masih berada dalam keadaan terkawal.

Pegawai APM Yan, Leftenan (PA) Muhammad Zul Izzi Zulkifli berkata, turut terjejas adalah jalan raya membabitkan Kampung Pantai Murni, Kampung Seberang Pekan Yan yang dinaiki air.

“Kita telah menggerakkan anggota memantau kawasan terlibat bersama peralatan menyelamat serta sebuah ambulan. Sehingga pukul 5.45 petang tadi air mulai surut tetapi dengan keadaan hujan masih berterusan semua pihak diminta lebih berjaga-jaga,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.