Doktor ditahan reman disyaki cabul kanak-kanak perempuan - Utusan Malaysia

Doktor ditahan reman disyaki cabul kanak-kanak perempuan

SEORANG doktor yang disyaki mencabul kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun dibawa keluar dari Majistret Kemaman selepas mendapatkan perintah reman, hari ini. - UTUSAN/NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN : Seorang doktor di Hospital Kemaman di sini ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu kes cabul terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun yang juga merupakan pesakitnya pada Rabu lalu.

Perintah reman tersebut dikeluarkan Majistret Sharifah Amirda Shasha Amir Shariffuddin bagi membolehkan pihak polis melengkapkan kertas siasatan.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md. Isa berkata, lelaki berusia 30 tahun yang juga merupakan penduduk tempatan ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman di sini kira-kira pukul 1.50 tengah hari, semalam

Menurutnya, pegawai perubatan itu ditahan susulan laporan polis yang dibuat ibu bapa kanak-kanak itu berkenaan kejadian tersebut.

“Kanak-kanak terbabit dimasukkan ke hospital itu susulan diabetes yang dialaminya mendakwa doktor terbabit telah membuka baju dan meraba dadanya di bilik rawatan wad hospital itu, kira-kira pukul 6 petang, pada Rabu.

“Mangsa juga mendakwa suspek turut merakam gambar mangsa menerusi telefon bimbitnya dan ketika kejadian mangsa hanya berdua dengan suspek di bilik berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini, hari ini.

Rohaimi berkata, ketika kejadian, mangsa tidak ditemani ibu bapanya berikutan kanak-kanak tersebut sudah biasa menerima rawatan di hospital berkenaan.

“Mangsa kemudiannya mengadu kepada ibu bapanya mengenai perbuatan terkutuk suspek, sebelum laporan polis dibuat kira-kira pukul 9 malam, pada hari kejadian,” ujarnya.

Rohaimi berkata, berdasarkan penemuan beberapa gambar lain dalam telefon bimbit suspek, polis percaya masih ada beberapa lagi kanak-kanak perempuan lain yang turut menjadi mangsa.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya