Diana Danielle takkan buka cerita ‘dalam kain’ di media sosial - Utusan Malaysia

Diana Danielle takkan buka cerita ‘dalam kain’ di media sosial

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Diana Danielle memaklumkan tidak akan sesekali berkongsi perihal rumah tangga di media sosial.

Katanya, tindakan tersebut adalah cara menghormati dan menjaga air muka suaminya yang juga pelakon, Farid Kamil.

“Saya hormat suami, jadi saya tidak akan ‘pecahkan’ apa-apa di media sosial.

“Semakin lama, semakin saya hormat dia. Bukan dulu tak hormat suami, mungkin ketika itu muda dan kurang matang.

“Sekarang, saya segan nak kongsi cerita hal ‘dalam kain’ di media sosial. Kematangan ajar kita untuk tengok situasi dan cari jalan keluar,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada November 2012 dalam satu majlis yang diadakan di Kuala Lumpur.

Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad dan Nur Aurora.

Mengulas lanjut, kata Diana, suami isteri perlukan kesefahaman dan toleransi untuk hidup bahagia. Kepercayaan juga baginya, penting untuk mewujudkan keluarga harmoni.

“Sesuatu hubungan itu perlukan masa untuk menjadi matang. Ketika awal perkahwinan, saya akui, susah percaya suami.

“Tetapi, semakin lama, Farid membuktikan kesetiaannya. Itu membuatkan saya sekarang lebih relaks dan tenang,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.