Cubaan seludup ganja bernilai RM45,000 dipatahkan

Cubaan seludup ganja bernilai RM45,000 dipatahkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Kedah dan Perlis berjaya mematahkan cubaan menyeludup ganja mampat dipercayai dari negara jiran bernilai RM45,000 di sini, semalam.

Pengarahnya, Laksamana Pertama Maritim Romli Mustafa berkata, ganja seberat sembilan kilogram (kg) itu ditemukan pada kedudukan 2.9 batu nautika barat laut Pulau Dangli, di sini pada pukul 10.25 malam.

Menurutnya, Sistem Pengawasan Laut Malaysia (SWASLA) Langkawi mengesan pergerakan mencurigakan sebuah bot gentian kaca yang memasuki perairan negara dari sempadan Thailand dalam keadaan gelap.

“Maritim Malaysia Kedah dan Perlis menggerakkan bot peronda yang sedang melakukan Op Aman ke lokasi bagi memintas dan menyerbu bot terbabit.

“Menyedari kehadiran bot peronda Maritim Malaysia, suspek bertindak membuang satu bungkusan guni ke laut dan menukar haluan lalu berpatah balik menuju ke arah sempadan Thailand,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Jelasnya, pemeriksaan ke atas guni tersebut mendapati terdapat sembilan ketulan ganja mampat yang diletakkan dalam plastik berwarna emas.

Ujarnya, kesemua hasil rampasan dibawa ke Jeti Maritim Bukit Malut sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat bagi meneruskan siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya