Cabaran pemain negara berakhir - Utusan Malaysia

Cabaran pemain negara berakhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Cabaran negara pada Kejohanan Tenis Sanctband ITF World Tenis Tour yang sedang berlangsung di Arena Tenis Perak di Ipoh, berakhir hari ini.

Ini selepas wakil beregu negara, Shihomi Leong-Jo-Leen Saw tumpas kepada lawan mereka pada pusingan pertama petang tadi.

Shihomi-Jo Leen tumpas kepada pasangan pilihan keempat kejohanan, Daniel Jaeda – Yang Vivian (AS/NZ) 6-2, 6-1.

Pilihan utama, pasangan Ainitdinova Gozal-Sukhotina Anastasia dari Kazakstan seperti dijangka layak ke suku akhir apabila mereka mudah melepasi pasangan Jepun Koshiisi Ayumi – Okuno Ayaka 6-1, 6-4.

Manakala pilihan kedua, gandingan Kim Dabin (Korea) – Namigata Junri (Jepun) juga mara selepas mengenepikan cabaran pemain adik beradik, Anja dan Sara Nayar dari Australia 6-4, 6-3.

Bagaimanapun kejutan berlaku dalam acara perseorangan apabila pilihan kedua, Ainitdinova Gozal tersingkir.

Pemain Kazakstan itu tumpas kepada pemain bukan pilihan dari Amerika Syarikat, Daniel Jaeda 6-3, 6-3.

Turut tersingkir ialah pilihan kelima, Ito Aoi dan pilihan keenam, Namigata Junri, kedua-duanya dari Jepun bagaimanapun lain-lain pemain pilihan layak ke pusingan 16. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN