PETALING JAYA: Kerajaan melalui Belanjawan 2023 menyediakan RM50 juta bagi membina baharu dan menaik taraf 3,000 gerai serta kios sebagai kemudahan penjaja kecil berniaga di lokasi tumpuan seluruh negara.
Malah, RM176 turut disediakan bagi menaik taraf premis dan kemudahan perniagaan antaranya di bawah Mara, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) dan Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA). – UTUSAN