Belajar daripada Youtube buat dadah RM6.38 juta

Belajar daripada Youtube buat dadah RM6.38 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SERDANG: Mahu mendapatkan pendapatan mewah, seorang pemandu e-hailing sanggup belajar cara-cara memproses dadah melalui YouTube untuk dijual kepada penagih di sekitar Lembah Klang.

Aktiviti itu bagaimanapun terbongkar selepas suspek berusia 44 tahun diberkas di kawasan kilang perindustrian kecil dan sederhana (SME) di Seri Kembangan, di sini, Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A. A. Anbalagan berkata, serbuan kira-kira pukul 7 malam itu turut menemukan dadah bernilai lebih RM6.38 juta.

Kata beliau, suspek dipercayai aktif menjalankan kegiatan memproses dadah itu sejak setahun lalu dan memperoleh pendapatan RM15,000 dalam tempoh dua hingga tiga minggu.

“Hasil serbuan itu kita merampas tiga kotak mengandungi 47 peket plastik disyaki MDMA (anggaran berat 70,719 gram), 16 bekas plastik lutsinar berisi bahan disyaki MDMA (anggaran berat 52,330 gram), sepeket plastik lutsinar disyaki syabu (anggaran berat 504 gram) dan 18 botol plastik berisi serbuk disyaki dadah.

“Selain itu, kita menemukan tiga peket plastik kecil mengandungi 21 biji pil ektasi dan sepeket plastik lutsinar mengandungi ceraian dedaun kering disyaki ganja (anggaran berat 13.8 gram),” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Mengulas lanjut, kata A. Anbalagan, pemprosesan 10 kilogram bahan-bahan membuat dadah atau serbuk dadah jenis methylenedioxy-methamphetamine (MDMA)) itu boleh menghasilkan 50,000 biji dadah ekstasi.

“Dadah berkenaan dipercayai untuk pasaran Lembah Klang dan mampu menampung sekitar 410,000 penagih.

“Suspek yang berasal dari Subang, Selangor memiliki satu kes kesalahan lampau mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan ujian urin terhadapnya mendapat suspek negatif dadah,” jelasnya.

Tambah beliau, suspek ditahan reman tujuh hari sehingga esok dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Katanya, turut dirampas tiga mesin dan beberapa peralatan digunakan untuk memproses dadah.

“Tindakan juga diambil mengikut Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 1988 yang mana polis sudah menyita dua kenderaan iaitu Toyota Hilux dan van penghantaran jenis Nissan NV20 dianggarkan bernilai RM170,000 serta wang tunai berjumlah RM10,000.

“Polis percaya ada lagi suspek masih bebas dalam sindiket ini dan siasatan mengenainya masih dijalankan,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya