Bekas personaliti TV3 tawar diri bertanding jawatan Exco Pergerakan Wanita UMNO - Utusan Malaysia

Bekas personaliti TV3 tawar diri bertanding jawatan Exco Pergerakan Wanita UMNO

NIK SURYANI MEGAT DERAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU : Bekas personaliti TV3, Nik Suryani Megat Deraman menawarkan diri bertanding jawatan Exco Pergerakan Wanita UMNO Malaysia dalam pemilihan parti 2023, tidak lama lagi.

Nik Suryani Megat Deraman, 43, yang merupakan Ahli UMNO Cawangan Kubang Kepong, Marang berkata, beliau telah menyerahkan borang pencalonan jawatan itu di Auditorium Menara Dato’ Onn, Kuala Lumpur pada Isnin lalu.

Menurutnya, beliah menawarkan diri bertanding merebut jawatan itu untuk meneruskan kesinambungan perjuangan, pengorbanan dan khidmat bakti Wanita UMNO pada negara sejak sebelum negara mencapai kemerdekaan.

“Selain itu, saya ingin berkongsi pengalaman selaku pengamal media dan industri kreatif yang telah berkecimpung hampir 20 tahun.

“Mudah-mudahan dengan sumbangan kecil saya ini, seluruh ahli UMNO, parti keramat ini akan terus mara, relevan, sebagai wadah membela agama, bangsa dan tanah air tercinta,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Nik Suryani yang juga merupakan Presiden Persatuan Kewartawanan Multimedia Malaysia berkata, beliau juga menawarkan diri bertanding merebut jawatan itu untuk menabur bakti kepada parti yang sudah lama dinaunginya.

“Sebagai golongan muda dan profesional, saya percaya mendapat sokongan daripada perwakilan yang mahu perubahan dalam Wanita UMNO pada pemilihan parti kali ini,” ujarnya.

Beliau menambah, hasratnya bertanding jawatan itu juga mendapat restu daripada Ketua Bahagian Marang, Datuk Nik Dir Wan Ku. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya