Bekas pekerja kilang tidak ilat

Bekas pekerja kilang tidak ilat

KERATAN Utusan Malaysia keluaran Jumaat (24 Februari 2023) yang menyiarkan kisah Mohd. Azri Ibrahim mendakwa permohonan memperoleh pencen ilat ditolak sebanyak enam kali dengan alasan faktor usia masih muda.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bekas pekerja kilang yang berhenti kerja lebih dua tahun lalu kerana mengalami pelbagai penyakit disahkan tidak ilat oleh dua panel bebas yang terdiri daripada pakar-pakar perubatan dilantik Kementerian Kesihatan.

Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) menjawab keluhan Mohd. Azri Ibrahim, 42, mendakwa permohonan memperoleh pencen ilat ditolak sebanyak enam kali dengan alasan faktor usia masih muda.

Sebaliknya Perkeso menjelaskan, permohonan faedah bergantung kepada pertimbangan dibuat Jemaah Doktor (JD) dan Jemaah Doktor Rayuan (JDR) yang mengesahkan lelaki itu tidak ilat untuk memohon pencen ilat terhadap kecederaan sakit belakang dihadapinya.

“Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4) menyatakan bahawa seseorang berinsurans hendaklah dianggap sebagai menghidap keilatan jika disebabkan sesuatu keadaan uzur tertentu yang berkekalan, tidak berupaya mengambil bahagian dalam apa-apa kegiatan yang mendatangkan pendapatan. 

“Menurut Seksyen 16 Akta 4, sesuatu keadaan uzur hendaklah disifatkan sebagai berkekalan jika keuzuran itu sama ada tidak boleh diubati atau tidak mungkin boleh diubati.

“Keputusan berkenaan permohonan faedah Perkeso bergantung kepada pertimbangan dibuat oleh JD dan JDR. Panel JD dan JDR adalah panel bebas terdiri daripada pakar-pakar perubatan dilantik oleh Kementerian Kesihatan,” kata Perkeso dalam satu kenyataan.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan Mohd. Azam yang buntu kerana memikirkan nasib dirinya bersama isteri dan enam lagi anak selepas permohonan memperoleh pencen ilat Perkeso ditolak sebanyak enam kali dengan alasan faktor usia masih muda.

Katanya, dia terpaksa membuat keputusan berhenti kerja lebih dua tahun lalu kerana mengalami penyakit kencing manis, cakera teranjak (slipped disc) dan tiroid selain turut menghidap sakit jantung serta darah tinggi.

Menurut Perkeso lagi, Mohd. Azri pada November 2021 telah membuat permohonan pencen ilat bagi kecederaan sakit belakang yang sama, namun sebulan kemudian JD telah mengesahkan beliau tidak ilat.

“Beliau kemudiannya membuat permohonan rayuan bagi pencen ilat pada Disember 2021 dan penilaian JDR juga mendapati beliau tidak mengalami ilat. Pada Oktober 2022, beliau sekali lagi mengemukakan permohonan pencen ilat baharu buat kali kedua bagi kecederaan sakit belakang L4/L5, L5S1 Lumber Disc with Radiculopathy dan penyakit Diabetes Mellitus serta Hyperthyroid. 

“JD pada Disember 2022 telah mengesahkan tidak ilat. Mohd Azri kemudian mengemukakan rayuan bagi permohonan pencen ilat kedua tersebut pada November 2022 dan penilaian JDR mendapati menunjukkan beliau tidak ilat,” kata Perkeso.

Walau bagaimanapun secara keseluruhannya, Perkeso telah membayar faedah berbentuk kewangan sebanyak RM170,223.84 kepada Mohd Azri bagi faedah Hilang Upaya Sementara dan Hilang Upaya Kekal. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya