Bayaran subsidi padi MAFS kepada pesawah lemah, tidak teratur

Bayaran subsidi padi MAFS kepada pesawah lemah, tidak teratur

TERDAPAT kelemahan dalam terimaan dana berbentuk kewangan dan aset serta bayaran Skim Subsidi Harga Padi (SSHP) di bawah perjanjian konsesi pengurusan industri padi dan beras negara. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2021 Siri 2 mendedahkan syarikat konsesi belum menyerahkan dana obligasi sosial berjumlah RM37 juta kepada Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFS) pada tahun 2021.

Ketua Audit Negara, Datuk Seri Nik Azman Nik Abdul Majid berkata, perkara itu disebabkan kelemahan pemantauan oleh MAFS terhadap terma perjanjian konsesi dan ketiadaan prosedur kerja jelas berkaitan dana obligasi sosial yang dipersetujui.

Beliau berkata, perjanjian konsesi menetapkan Jawatankuasa Pemantauan bertanggungjawab menilai pematuhan syarikat konsesi terhadap terma perjanjian termasuk 10 obligasi sosial yang perlu dilaksanakan antaranya mengurus pembayaran subsidi harga padi.

“Secara keseluruhannya, terdapat kelemahan dalam terimaan dana berbentuk kewangan dan aset serta bayaran Skim Subsidi Harga Padi (SSHP) di bawah perjanjian konsesi pengurusan industri padi dan beras negara,” katanya.

Pada masa sama, Nik Azman berkata, semakan audit mendapati, berlaku pembayaran SSHP berjumlah RM0.73 juta yang tidak teratur kepada pesawah yang meninggal dunia.

Selain itu, katanya, pihaknya mendapati pembekalan jentera bernilai RM3.12 juta tidak mematuhi perjanjian konsesi selain jentera bernilai RM0.87 juta belum digunakan dan rosak.

Bagi mengatasi kelemahan itu, audit mengesyorkan kepada MAFS supaya tiga penambahbaikan dilaksanakan bagi kelancaran pengurusan terimaan dana berbentuk kewangan dan aset berkenaan.

Ia antara lain menubuhkan akaun amanah dengan segera dan mendapatkan dana obligasi sosial selaras dengan perjanjian konsesi bagi memberi manfaat kepada golongan sasar.

Pada masa sama, MAFS perlu memastikan kajian keperluan jentera dilaksanakan dan program penyelenggaraan disediakan agar jentera dan mekanisasi padi sentiasa tersedia untuk digunakan oleh pesawah. – UTUSAN

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.