Bayar elaun internship, elak jadi buruh kasar dalam negara sendiri - Armada

Bayar elaun internship, elak jadi buruh kasar dalam negara sendiri – Armada

HARRIS IDAHAM RASHID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan didesak menggubal satu undang-undang yang mewajibkan majikan membayar elaun kepada pelajar internship supaya anak muda tidak menjadi buruh kasar di negara sendiri.

Perkara itu dicadangkan Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang mana Exconya, Harris Idaham Rashid berkata, ia memerlukan perbincangan antara kerajaan dengan pemegang taruh agar kata putus dapat dicapai dalam masa terdekat.

“Armada Bersatu berpendapat bahawa anak muda tidak boleh dijadikan buruh kasar di negara sendiri. Kita harus sedar bahawa pelajar internship juga perlu membiayai kos untuk hadir ke pejabat sama seperti pekerja lain.

“Syarikat swasta mengutip untung hasil daripada tenaga kerja termasuk pelajar internship. Syarikat juga telah menjimatkan satu amaun yang signifikan dengan mengambil pelajar internship untuk berkhidmat. Maka wajar untuk kerajaan mewajibkan satu elaun minimum diberikan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Terdahulu, dilaporkan President Malaysian Employers Federation (MEF) telah menolak cadangan supaya pelajar internship wajib diberi elaun ke atas kerja-kerja mereka.

Harris berkata, industri di Malaysia harus bergerak mengikut peredaran zaman, maka sudah tiada ruang untuk syarikat memperoleh perkhidmatan percuma daripada manusia.

“Selari dengan cita-cita Malaysia untuk menjadi negara maju, isu asas seperti menghormati tenaga keringat anak muda yang sedang menimba pengalaman bekerja harus diselesaikan dengan tuntas,” ujarnya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN