Bajet 2023: KKR mohon peruntukan RM300 juta baiki kerosakan infrastruktur akibat banjir - Utusan Malaysia

Bajet 2023: KKR mohon peruntukan RM300 juta baiki kerosakan infrastruktur akibat banjir

ABDUL Rahman Mohamad (barisan depan, tengah) bergambar bersama pelatih pada Majlis Graduasi Akademi Binaan Malaysia & CIDB Technology Wilayah Timur di ABM Wilayah Timur, Jenagor, Hulu Terengganu, hari ini. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU TERENGGANU: Kementerian Kerja Raya (KKR) memohon peruntukan sebanyak RM300 juta untuk kerja-kerja membaik pulih keseluruhan infrastruktur yang terjejas akibat bencana banjir yang melanda beberapa negeri, baru-baru ini.

Timbalan Menterinya, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, peruntukan tersebut akan dibentangkan untuk kelulusan pada pembentangan Bajet 2023 pada 24 Februari ini.

Menurutnya, peruntukan tersebut merangkumi kerja baik pulih jalan, jambatan dan cerun yang mengalami kerosakan di negeri-negeri seperti Terengganu, Kelantan, Pahang, Perak, Kedah dan Johor.

“Bagaimanapun, kerja baik pulih infrastruktur yang teruk telah dilaksanakan segera
melibatkan peruntukan kira-kira RM43 juta.

“Sebahagian kerosakan infrastruktur yang dibaiki itu juga telah disiapkan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Graduasi Akademi Binaan Malaysia (ABM) dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) Technologies Wilayah Timur di ABM Wilayah Timur, Jenagor, di sini, hari ini.

Pada majlis itu, seramai 142 pelatih ABM menerima sijil tamat latihan Sijil Kompetensi Kemahiran Pembinaan (SKKP) CIDB.

Abdul Rahman berkata, laporan terperinci mengenai insiden tanah runtuh Batang Kali, Selangor dijangka diperoleh dalam masa empat bulan lagi.

Katanya, kerja pembinaan dan baik pulih itu perlu dilakukan dengan teliti bagi menggelakkan insiden tanah runtuh itu berulang.

“Kita tak tahu di bawah (tanah) itu ada apa, dan kerja-kerja kajian dilakukan menyeluruh, kita tak nak peristiwa itu berlaku lagi.

“Buat masa ini keputusan rasmi belum kita dapat lagi termasuk keputusan forensik,” ujarnya.

Pada 16 Disember lalu, seramai 48 mangsa terbunuh dalam kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm , Batang Kali. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya