71 peratus pencarum KWSP tidak cukup duit bersara - PM 

71 peratus pencarum KWSP tidak cukup duit bersara – PM 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sebanyak 71 peratus pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) aktif yang berumur 55 tahun ke bawah tidak mempunyai wang mencukupi untuk bersara di atas paras kemiskinan negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peratusan yang tinggi itu disebabkan empat pengeluaran khas KWSP semasa penularan pandemik Covid-19. 

Menteri Kewangan itu berkata, bilangan ahli aktif yang mencapai Simpanan Asas (RM240,000 pada usia 55 tahun) menurun daripada 36 peratus pada tahun 2020 kepada 29 peratus pada akhir tahun 2022.

“Situasi ini secara langsung menunjukkan bahawa 71 peratus, atau lebih dua pertiga daripada ahli aktif mencarum berumur 55 tahun dan ke bawah berada dalam situasi yang serius yang mana jumlah dana mereka tidak cukup untuk bersara melebihi paras kemiskinan.

“KWSP menganggarkan ahli perlu bekerja antara empat sehingga enam tahun tambahan untuk membina semula simpanan yang dikeluarkan semasa pandemik,” katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat. 

Anwar berkata demikian menjawab soalan Datuk Seri Amirudin Shari (PH-Gombak) yang meminta kerajaan menyatakan pendirian mengenai pengeluaran awal KWSP dan rancangan kerajaan untuk membantu pencarum membina semula simpanan mereka.

Anwar berkata, sebanyak 6.7 peratus pencarum atau bersamaan 51 peratus daripada jumlah keseluruhan mempunyai kurang daripada RM10,000 dalam simpanan KWSP dicatatkan sehingga 31 Disember 2022.  

Katanya, pengeluaran tambahan tidak berjadual menyebabkan lebih banyak masalah kepada pencarum dan menjejaskan pendapatan KWSP. Sebanyak RM145 bilion simpanan telah dikeluarkan bagi empat pengeluaran khas KWSP sejak 2020. 

“Ini menyebabkan kekangan bagi penyertaan ke dalam peluang-peluang pelaburan baru dan akan memberikan kesan secara langsung dari segi kehilangan potensi pulangan jangka masa panjang yang turut menjejaskan peluang bagi menjana pendapatan untuk tujuan pembayaran dividen kepada ahli pada masa hadapan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya