5 calon positif Covid-19 di Pulau Pinang duduki SPM selepas kuarantin - Utusan Malaysia

5 calon positif Covid-19 di Pulau Pinang duduki SPM selepas kuarantin

LIM Hui Ying ketika meninjau hari pertama peperiksaan bertulis SPM 2023 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St. Xavier di Lebuh Farquhar, George Town, Pulau Pinang hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

GEORGE TOWN: Seramai lima calon peperiksaan bertulis Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 di Pulau Pinang yang positif Covid-19 akan menduduki peperiksaan itu sebaik sahaja tempoh kuarantin mereka tamat.

Menurut Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying, mereka sebahagian daripada 19,501 keseluruhan calon yang akan menduduki peperiksaan itu di sebanyak 142 buah sekolah di negeri ini.

Daripada jumlah itu juga, tambah beliau, seramai 15 calon akan menduduki SPM di 15 pusat di hospital iaitu masing-masing enam di daerah Timur Laut; Barat Daya (3); Seberang Perai Tengah (3); Seberang Perai Utara (2) dan Seberang Perai Selatan (1).

“Selain calon SPM positif Covid-19 yang dikuarantin, pihak sekolah juga akan memantau dan mengasingkan pelajar-pelajar yang didapati mempunyai gejala positif Covid-19 di sekolah.

“Saya mengucapkan selamat maju jaya kepada semua calon SPM 2023 dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam peperiksaan ini,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas meninjau hari pertama peperiksaan bertulis SPM 2023 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St. Xavier di Lebuh Farquhar, di sini hari ini.

Sementara itu, secara keseluruhan juga, seramai 133 calon berkeperluan khas (CBK) turut menduduki SPM 2023 di seluruh Pulau Pinang.

Mereka masing-masing terdiri daripada 32 calon CBK fizikal; masalah pembelajaran (59); pendengaran (26); rabun (12); buta (1) dan pelbagai (3). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya