309 pelajar KISAS daripada 73,319 calon di Selangor duduki SPM - Utusan Malaysia

309 pelajar KISAS daripada 73,319 calon di Selangor duduki SPM

Calon SPM Selangor
SERAMAI 309 pelajar KISAS daripada 73,319 calon menduduki SPM di Selangor, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Seramai 309 pelajar Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) menjadi sebahagian daripada 73,319 calon di Selangor yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM 2022) bermula hari ini.

Pengetua KISAS, Kamarul Ariffin Mohd. Shah berkata, daripada jumlah tersebut, seramai 228 pelajar mengambil aliran sains tulen manakala 81 pelajar lagi adalah pelajar ikhtisas.

“Untuk tahun ini, kami menggunakan satu dewan besar dan tujuh bilik darjah bagi semua calon mengambil SPM hari ini.

“Kami mengikut segala garis panduan susun atur kedudukan pelajar mengambil peperiksaan yang telah ditetapkan Kementerian Pendidikan Malaysia,” katanya ketika ditemui, hari ini.

Beliau menambah, calon dari KISAS mengambil 11 mata pelajaran untuk SPM kali ini yang bermula dengan peperiksaan kertas Bahasa Melayu.

“Kertas peperiksaan terakhir yang pelajar akan ambil adalah kertas Matematik Tambahan iaitu pada 13 Mac.

“Saya mendoakan semoga semua pelajar KISAS dapat menjawab semua soalan dalam SPM kali ini,” ujarnya.

Sementara itu, Jabatan Pendidikan Selangor ketika dihubungi memaklumkan seramai 20 calon di negeri ini menduduki peperiksaan di hospital atas pelbagai masalah kesihatan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya