16 PATI dicekup cuba masuk Malaysia

16 PATI dicekup cuba masuk Malaysia

SEBAHAGIAN PATI yang ditangkap oleh anggota tentera ketika cuba memasuki Malaysia secara tidak sah di Bukit Kayu Hitam, Kubang Pasu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUBANG PASU: Seramai 16 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dalam tiga siri tangkapan oleh pasukan tentera yang berkawal di sempadan tanah air di Bukit Kayu Hitam, di sini dan Tanah Merah, Kelantan, semalam.

Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen) memaklumkan, tangkapan pertama dibuat kira-kira pukul 6.30 pagi setelah pasukan operasi berjaya mengesan sekumpulan orang awam yang sedang cuba menceroboh pagar sempadan Malaysia dan Thailand di Kawasan Tanggungjawab Briged Keenam Infantri Malaysia (KTJ 6 Bgd) di Bukit Kayu Hitam.

“Kesemua mereka yang merupakan 14 lelaki warganegara Myanmar kemudiannya ditahan. Pemeriksaan mendapati mereka berusia antara 18 hingga 44 tahun dan tidak memiliki dokumen perjalanan sah.

“Selepas itu iaitu kira-kira pukul 2 petang, pasukan operasi yang sedang melaksanakan rondaan bermotosikal terserempak pula dengan seorang individu dalam keadaan mencurigakan di kawasan tanggungjawab sama. 

“Pemeriksaan dijalankan mendapati individu tersebut juga merupakan warganegara Myanmar berusia 43 tahun yang tidak memiliki dokumen perjalanan sah,” katanya dalam kenyataan di sini.

Sementara itu, di Kawasan Tanggungjawab Briged Kelapan Infantri Malaysia (KTJ 8 Bgd) di Tanah Merah, Kelantan, sepasukan pegawai dan anggota tentera mengesan kelibat seorang individu yang dipercayai menyeberangi Sungai Golok di sempadan Malaysia dan Thailand.

“Pemeriksaan mendapati lelaki itu merupakan warganegara Thailand berusia 36 tahun dan tidak mempunyai dokumen perjalanan dan dia kemudiannya turut ditahan,” katanya.

Tambah kenyataan itu, sebanyak dua telefon bimbit, sebuah beg galas dan wang bernilai RM1,120 dalam mata wang Malaysia dan Myanmar dirampas dalam ketiga-tiga siri tangkapan itu.

“Kesemua PATI diserahkan kepada Balai Polis Kayu Hitam, di sini dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tanah Merah, Kelantan untuk tindakan lanjut,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya