150 terima sumbangan Yayasan Sultanah Bahiyah

150 terima sumbangan Yayasan Sultanah Bahiyah

TUNKU Puteri Intan Safinaz Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (lima dari kanan) bergambar kenangan dengan sebahagian pelajar sekolah ketika Program Santuni Asnaf di Masjid Tunku Intan Safinaz, Kampung Lanai, Baling.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BALING: Yayasan Sultanah Bahiyah (YSB) menyampaikan sumbangan amal kepada 150 penerima yang terdiri daripada golongan kurang berkemampuan, asnaf termasuk anak yatim, dan ibu tunggal.

Daripada jumlah tersebut, seramai 100 penerima merupakan pelajar dari Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Bakai dan SK Siong yang menerima sumbangan menerusi Projek Titian Bistari yang disampaikan Pengerusi YSB, Datuk Seri Diraja Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah. yang juga Tunku Temenggong Kedah.

Menurut Pengurus Besar YSB, Misbah Abdul Hamid, kesemua penerima sumbangan dipilih oleh Ahli Jawatankuasa Kariah Masjid Tunku Intan Safinaz dan Pejabat Agama Islam Daerah Baling.

“Seramai 50 penerima menerima sumbangan wang tunai sebanyak RM300, manakala para pelajar pula diberikan beg sekolah dan peralatan menulis,” katanya ketika ditemui pada Program Santuni Asnaf di Kampung Lanai, semalam.

Sementara itu, penerima sumbangan, Majid Hassan, 80, berkata, dia amat gembira dan bersyukur kerana terpilih untuk menerima sumbangan berkenaan.

“Terima kasih kepada YSB yang sudi datang ke kampung kami untuk menyampaikan sumbangan dan dengan sumbangan ini dapat menjimatkan sedikit perbelanjaan dapur.

“Saya sudah tidak mampu lagi bekerja dan tinggal dengan adik, saya juga hanya mengharapkan belas ihsan ahli keluarga untuk meneruskan kehidupan ini,” katanya.

Pelajar SK Siong, Mohd. Shaqir Irfan, 11, yang juga anak yatim gembira selepas menerima sumbangan beg dan alat tulis.

“Saya sangat gembira dapat beg sekolah yang baharu, saya nak guna pemberiaan ini pada penggal persekolahan yang akan datang,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya