1,365 penuntut USM terima manfaat zakat lebih RM3 juta - Utusan Malaysia

1,365 penuntut USM terima manfaat zakat lebih RM3 juta

AWANG ADEK Hussin (kanan) menandatangani plak sempena perasmian Asnaf Qurratu' Ain@Pusat Islam USM di Hotel Imperial Heritage, Melaka semalam
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

GEORGE TOWN: Lebih RM3 juta kutipan zakat berjaya dikumpul oleh Universiti Sains Malaysia (USM) sepanjang tahun lalu hasil sumbangan individu, badan korporat serta pihak luar.

Pengerusi Lembaga Gabenor USM, Datuk Seri Dr. Awang Adek Hussin berkata, separuh hasil kutipan itu yang berjumlah RM1,521,483.20 bagaimanapun telah dipulangkan semula oleh Zakat Pulau Pinang (ZPP) kepada USM.

Menurut beliau, daripada jumlah itu, USM telah mengagihkan semula sejumlah RM1,505,700 kepada 1,365 pelajar asnaf USM meliputi empat golongan asnaf pelajar yang dibenarkan termasuk fakir, miskin, fisabilillah dan mualaf.

“Kejayaan ini telah memberi manfaat yang besar kepada pihak yang memerlukan.

“Sehubungan itu, Pusat Islam USM juga boleh melihat kaedah terbaik yang boleh diperkasakan bagi meneruskan kejayaan ini di masa hadapan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Semalam, Awang Adek turut merasmikan Bengkel Pendidikan dan Pelancaran Skim Asnaf Qurratu Ain@Pusat Islam USM yang diadakan di Hotel Imperial Heritage, Melaka.

Hadir sama pada majlis itu ialah Naib Canselor USM, Prof. Datuk Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed dan Ketua Pegawai Eksekutif ZPP, Datuk Amran Hazali.

Dalam pada itu, beliau berharap Pusat Islam USM dapat memperkukuhkan jaringan kerjasama pintar bersama ZPP dan Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) dalam mencari medium terbaik sebagai rakan strategik untuk maju ke hadapan.

Dalam pada itu, Awang Adek turut melancarkan Skim Asnaf Qurratu Ain@Pusat Islam yang bertujuan memberi fokus kepada bantuan awal pendidikan kepada anak-anak staf dan anak qariah Masjid al-Malik Khalid USM.

“Melalui skim yang dikelolakan di bawah Sektor Pendidikan dan Kesejahteraan Keluarga serta Sektor Zakat Pusat Islam itu, anak-anak staf dan kariah masjid akan diterapkan dengan pendidikan awal berkaitan hal-ehwal Islam melalui dana daripada Zakat@Pusat Islam USM,” ujar beliau.

Turut dilancarkan pada majlis yang sama ialah Buku Rekod Pemerhatian Hadanah yang dibangunkan oleh Pusat Islam USM untuk dijadikan panduan dan rujukan oleh pihak lain dalam urusan hadanah, tadika dan Kelas Agama dan Fardhu Ain (KAFA). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya