12 individu dirakam keterangan bantu siasatan perarakan melibatkan replika senjata - Utusan Malaysia

12 individu dirakam keterangan bantu siasatan perarakan melibatkan replika senjata

SEBAHAGIAN peserta yang membawa replika senjata pada perarakan sempena program Himpit 2023 di Setiu, Terengganu, Jumaat lalu. - MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Seramai 12 individu dirakam keterangan bagi membantu siasatan berhubung perarakan yang melibatkan replika senjata pada Himpunan Pemuda Islam Terengganu (Himpit) 2023 di Setiu, Jumaat lalu.

Menurut Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md. Isa, kesemua individu yang dipanggil itu termasuk pihak penganjur dan ahli jawatankuasa program berkenaan.

Beliau berkata, proses memberi keterangan itu dilakukan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Terengganu, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Setiu dan IPD Marang.

“Setakat ini, sebanyak 12 keterangan telah dirakam termasuk daripada penganjur program.

“Pihak polis akan meneruskan proses siasatan dengan memanggil peserta program dalam masa terdekat,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Tambah Rohaimi lagi, sebanyak tiga laporan polis juga diterima berkenaan isu itu dengan terbaharu dibuat Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad, hari ini.

Terdahulu tular di media sosial gambar perarakan peserta program HIMPIT 2023 sambil membawa replika senjata berbentuk tombak dan perisai di sebuah resort di Setiu pada Jumaat lalu.

Siasatan awal pihak polis mendapati acara perarakan itu merupakan salah satu pertandingan sempena program tersebut namun telah menimbulkan kegusaran dan kebimbangan masyarakat. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya