KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir mengintai peluang untuk bertanding pada Pemilihan UMNO yang dijadualkan berlangsung sebelum 19 Mei ini.
Menurut Zambry, beliau bagaimanapun akan melihat terlebih dahulu keadaan kerana tidak terdesak.
Katanya, ini kerana apa yang penting adalah beliau boleh menjadi sebahagian daripada pimpinan parti itu.
“Dulu saya bertanding sebagai ahli MKT, kali ini saya akan tengok macam mana kedudukannya. Saya senang saja, jadi tidak ada perkara-perkara terdesak…saya nak itu…saya nak ini.
“Yang paling mustahak adalah saya boleh menjadi sebahagian daripada pasukan untuk kita membina balik parti ini. (Namun) Kerusi itu saya akan umumkan nanti (jika bertanding),: katanya kepada pemberita.
Beliau berkata demikian selepas melawat Laman Media, Perhimpunan Agung UMNO 2022 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini. –UTUSAN










