YBR salur bantuan awal pengajian kepada pelajar UUM

YBR salur bantuan awal pengajian kepada pelajar UUM

HAIM Hilman Abdullah (dua dari kiri) hadir menyaksikan penyerahan replika cek dalam Program Bantuan Awal Pengajian Yayasan Bank Rakyat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Yayasan Bank Rakyat (YBR) menyalurkan peruntukan RM100,000 sebagai Bantuan Awal Pengajian kepada pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) yang melibatkan 100 pelajar daripada keluarga B40.

Pengurus Besar YBR, Syaiful Rizal Abdul Ghani berkata, bantuan itu bertujuan bagi meringankan beban kewangan pelajar-pelajar yang melibatkan peringkat diploma dan ijazah sarjana ketika kemasukan ke semester baharu.

“Inisiatif ini dilaksanakan bagi memastikan pelajar daripada keluarga yang kurang berkemampuan terutama kepada masyarakat di luar bandar, pedalaman dan juga miskin bandar.

“Ia sekali gus dapat beri peluang melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi selain meringankan tanggungan ibu bapa,” katanya pada majlis tersebut.

Replika cek Bantuan Awal Pengajian ini serta upacara gimik penyerahan telah disaksikan oleh Naib Canselor UUM, Prof. Dr. Haim Hilman Abdullah.

Jelas Syaiful lagi, bagi tahun 2022 seramai 2,916 pelajar IPT telah menerima bantuan awal pengajian YBR dengan jumlah peruntukan sebanyak RM2.27 juta yang melibatkan 19 IPT terkemuka di Malaysia serta melalui permohonan 11 badan bukan berkeuntungan bagi inisiatif ini.

Dalam majlis yang sama, YBR melalui Perpustakaan Digital Serambi Ilmu Rakyat atau lebih dikenali dengan nama ‘SIR Corner’ turut menyumbangkan set kelengkapan ‘SIR Corner’ kepada perpustakaan UUM. 

Ini dapat memberikan memanfaatkan kepada seluruh pelajar UUM dalam mendapatkan maklumat terkini serta bahan-bahan bacaan ilmiah secara digital.

YBR selama ini juga telah memperuntukkan sebanyak RM350,000 setiap tahun untuk langganan dan pangkalan data bahan-bahan digital SIR dari pihak pembekal bagi menggalakkan tabiat membaca buat pelajar-pelajar dan masyarakat tanpa sempadan masa dan lokasi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya