Warisan dinafikan hak bentuk kerajaan di Sabah

Warisan dinafikan hak bentuk kerajaan di Sabah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Parti Warisan Sabah menganggap haknya sebagai parti yang mempunyai majoriti untuk membentuk kerajaan dinafikan oleh Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Ahli Majlis Tertinggi Warisan, Mazliwati Abdul Malek menjelaskan, hanya parti yang mempunyai majoriti dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) layak membentuk kerajaan dan memilih ketua menteri berdasarkan perlembagaan negeri.

Namun, katanya, Pengerusi GRS, Datuk Seri Hajiji Noor tidak lagi mempunyai majoriti setelah beliau bersama 15 ADUN keluar daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

“Hajiji melompat keluar dari Perikatan Nasional (PN) dan bebas berbuat demikian kerana beliau tidak membentangkan akta anti lompat parti dan menegaskan bahawa GRS adalah parti politik. Oleh itu, semua orang dalam GRS ada dua parti politik. Sekiranya GRS bukan parti politik, Hajiji bukan ahli mana-mana parti politik mengetuai kerajaan sebagai ketua menteri.

“Walaupun GRS adalah parti politik, parti ini diwujudkan selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). Apa yang kita lihat sekarang ialah Perlembagaan Sabah diperkotak-katik berkali-kali oleh mereka yang tetap mahu memegang kuasa walaupun sokongan tipis. Malah, mereka berani mentafsir perlembagaan mengikut keperluan mereka,” katanya dalam kenyataan.

Pada masa sama, beliau turut menganggap Timbalan Ketua Menteri III, Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam menyalah tafsir perlembagaan negeri untuk terus memegang tampuk kuasa.

“Tiada garis masa yang dinyatakan di bawah perlembagaan. Perlembagaan Sabah hanya menyatakan bahawa majoriti parti politik hendaklah memilih Ketua Menteri. Jika Joachim benar, beliau membenarkan parti politik untuk mengambil pintu belakang dan kemudian melaungkan Perlembagaan Sabah sebagai hak mereka.

“Warisan telah dinafikan hak di bawah Perlembagaan. Tiba masanya kita menghormati undang-undang sama ada anda memegang jawatan tertinggi atau sebaliknya.

“Ia juga masa penganalisis politik dan pakar perlembagaan yang bercambah bak cendawan pada musim hujan untuk berhenti mentafsir perlembagaan mengikut kehendak mereka dan hanya menghalalkan yang haram.

“Ini bukan krisis politik. Ini adalah krisis perlembagaan yang dihadapi oleh setiap ADUN bersumpah. Isu ini sepatutnya diselesaikan di DUN. Platform kehakiman sepatutnya menjadi pilihan terakhir,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN