Video Aliff Aziz dalam kelab hanya lakonan - Ahmad Shahidan - Utusan Malaysia

Video Aliff Aziz dalam kelab hanya lakonan – Ahmad Shahidan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tampil membersihkan nama Aliff Aziz selepas tular video memaparkan seorang lelaki mirip wajahnya di dalam kelab malam, pelakon, Ahmad Shahidan memberitahu, rakaman itu hanya satu babak dalam drama terbaharu mereka, Ku Akad Kau Dengan Bismillah.

Jelas Ahmad Shahidan, dia perlu membersihkan nama baik Aliff selepas segelintir warganet terus menerus mengecam dan mempertikai penglibatan penyanyi serta pelakon itu dalam aktiviti tabligh.

“Tak pasal-pasal dia kena fitnah. Penat aku tulis dalam InstaStory yang kami sedang jalani penggambaran,” katanya menerusi satu hantaran.

Pelakon itu dalam hantaran lain turut memuat naik beberapa video dan foto bersama Aliff di lokasi penggambaran drama tersebut.

Sebelum ini, tular video berdurasi satu minit memaparkan lelaki mirip Aliff dilihat berseronok di dalam sebuah kelab malam sambil ditemani seorang wanita.

Rata-rata netizen memohon agar Aliff tidak mengulangi perbuatan lalu yang telah memberi impak buruk terhadap kerjaya seninya dan lebih menghargai peluang kedua yang diraih selepas memenangi Gegar Vaganza 8.

Selain kontroversi kelab malam, Aliff yang juga suami kepada penyanyi, Bella Astillah turut berdepan dakwaan kononnya dia semakin rapat dengan pelakon wanita utama drama tersebut, Sophia AlBarakbah.

Sehingga kini, Aliff masih mendiamkan diri berhubung dua-dua kontroversi yang hangat diperkatakan di media sosial.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya