KUALA LUMPUR: Perhimpunan Agung UMNO 2022 kecoh seketika apabila terdapat perwakilan tidak puas terhadap usul agar jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO tidak dipertandingkan dalam pemilihan parti pada Mei ini.
Menurut sumber kepada Utusan Malaysia, usul yang dikemukakan oleh UMNO Negeri Sembilan telah disambut teriakan ‘boo’ oleh para perwakilan di dalam Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur.
Malah usul tersebut telah disokong oleh Bahagian UMNO Marang kemudian menerima sorakan yang sama.
Situasi itu sekali gus mengambarkan yang mereka menggesa perubahan kepimpinan tertinggi parti termasuk jawatan Presiden dan Timbalan Presiden.
“Kita pun tidak tahu situasi apa perwakilan mahu, tetapi ada suara senyap dalam kalangan perwakilan yang boleh menjejaskan kedudukan kepimpinan hari ini. Tapi saya rasa Presiden sekarang boleh menang kerana beliau ada kelebihan sebagai Timbalan Perdana Menteri,” katanya.
Terdahulu, Presiden, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyerahkan menyerahkan kepada para perwakilan untuk menentukan sama ada jawatan utama Presiden dan Timbalan Presiden parti perlu dipertandingkan atau sebaliknya,.
Hal ini kerana ada pihak mahu kedua-dua jawatan itu dipertandingkan malah secara terdapat beberapa individu mahu bertanding kedudukan tersebut. -UTUSAN










