UMNO dalam tempoh bertenang tangani kemelut politik Sabah

UMNO dalam tempoh bertenang tangani kemelut politik Sabah

AHMAD Zahid Hamidi (kanan) bersama Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin (kiri) semasa sidang akhbar di Kota Kinabalum Sabah, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: UMNO berada dalam fasa bertenang bagi menangani kemelut politik yang berlaku di Sabah.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, dalam tempoh bertenang ini, pelbagai kaedah penyelesaian disusun bagi memastikan UMNO dapat menangani polemik atau kemelut yang sedang berlaku.

“Kami berpandangan tiada isu yang tidak boleh diselesaikan. Banyak pendekatan yang kita ambil dan kaedah yang telah disusun atur.

“Namun, kita faham penyelesaikan ini memerlukan persefahaman dua hala antara Barisan Nasional (BN/UMNO dengan rakan-rakan parti politik lain,” katanya selepas Mesyuarat Khas Perhubungan UMNO Negeri Sabah hari ini.

Katanya, walau apa pendekatan yang diambil, UMNO akan sentiasa memberi keutamaan kepada agenda rakyat Sabah.

“Saya yakin bahawa keberadaan saya ini adalah satu signal (isyarat) bahawa kepmpinan parti peringkat Pusat tidak pernah mengambil enteng atau mengambil ringan terhadap perkara-perkara yang sedang berlaku di Sabah. Malah, saya mengambil inisiatif sendiri untuk menangani isu ini.

“Apa yang akan saya lakukan seterusnya akan diketahui dalam tempoh terdekat supaya penyelesaian secara tuntas dapat dicapai oleh kedua-dua belah pihak,” katanya.

Menurut beliau, perbincangan yang dimaksudkan membabitkan UMNO dan juga Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Hajiji Noor. 

Justeru, beliau berharap tidak ada sebarang interpretasi atau spekulasi mahupun kenyataan yang bercanggah sama ada daripada UMNO mahupun pihak GRS bagi membolehkan titik persamaan dapat dicapai. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya