KUALA LUMPUR : Usahawan popular, Tya Arifin tersenyum lebar apabila produk Mutyara Beauty iaitu Mutyara Vgin berjaya menyelamatkan hubungan satu pasangan suami isteri yang tidak didedahkan identiti.
Menurut Tya, 29, dia telah memilih seorang wanita berstatus isteri yang mengakui renggang dengan suami untuk mencuba Mutyara Vgin selama dua bulan secara konsisten.
Kata usahawan dengan nama sebenar Nurtria Wulandari Arifin ini, dia bersyukur kerana jenamanya telah menjadi salah satu asbab dalam mengembalikan keharmonian rumah tangga.
“Ada seorang wanita ini dan dia merupakan seorang daripada pengikut saya yang dipilih untuk menjadi individu istimewa untuk merasa produk baru Mutyara tahun lepas, Mutyara Vgin. Nak dijadikan cerita sebelum ini, dia berhadapan dengan masalah ‘perhubungan’ dengan suami.
“Selepas saya taja Mutyara Vgin selama dua bulan secara konsisten, kemudian wanita itu berkongsi hasilnya. Saya rasa bahagia apabila dapat tahu maklum balas sebenar.
“Perasaan bila apa yang kita buat boleh bantu sesuatu yang penting dalam hidupnya, rasanya sangat bahagia,” katanya menerusi sebuah video yang dimuat naik di Instagram (IG) miliknya.
Tambah isteri kepada Asyraf Khalid ini lagi, dia sudi untuk menjadi tempat golongan isteri mengadu masalah bagi mendapatkan nasihat atau bantuan.
“Saya sendiri menjalani rumah tangga, bukan baru setahun. Semestinya ada masalah tak kisah suami atau isteri.
“Saya sangat bersyukur sekiranya dapat membantu menyelesaikan atau memberikan harmoni hubungan suami isteri yang hampir-hampir tidak boleh diselamatkan dan membantu mana-mana pasangan bermasalah menerusi penggunaan produk tersebut.
“Alhamdulillah, ini juga berkat usaha dan komunikasi. Kepada anda semua, jika ada masalah perhubungan dengan suami tetapi tidak tahu nak bercerita dengan siapa, saya ada untuk anda semua,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Tya juga ada sediakan sebuah E-book, 12 tips Bahagia yang boleh di redeem secara percuma di website rasmi Mutyara di https://mutyara.com/pages/tipsbahagia.










