Tongkang langgar paip, beberapa kawasan di Paka alami gangguan bekalan air - Utusan Malaysia

Tongkang langgar paip, beberapa kawasan di Paka alami gangguan bekalan air

KEADAAN paip air yang patah selepas dilanggar tongkang di jambatan Paka, Dungun, Terengganu, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN : Beberapa kawasan di sekitar Paka dijangka mengalami gangguan bekalan air berikutan insiden tongkang terlanggar paip yang sedang dibaiki sehingga patah di jambatan Paka, di sini, petang tadi.

Ahli Dewan Undangan Negeri Paka, Datuk Satiful Bahri Mamat menerusi laman Facebooknya, petang ini  berkata, difahamkan tongkang tersebut milik kontraktor yang menjalankan kerja-kerja pembaikian paip berkenaan yang hampir patah akibat dilanggar sebuah bot sebelum itu.

Menurutnya, ribuan pengguna akaun Syarikat Air Terengganu (Satu) dijangka terjejas berikutan insiden tersebut.

“Insya-Allah akan diambil tindakan segera dengan menggunakan Loji Rawatan Air (LRA) Kemudi, Serdang di sini.

“Untuk pengguna Felda Kerteh 2 dan Felda Kerteh 3 serta Ketengah Jaya yang terjejas, pihak Satu akan menghantar bekalan air dengan lori tangki,” katanya.

Satiful yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri turut menasihatkan penduduk di kawasan yang belum mengalami gangguan bekalan air supaya menadah air dan bersedia dengan sebarang kemungkinan.

Sementara itu, di laman sosial Facebook, rata-rata pengguna yang telah terputus bekalan air meminta pihak berkenaan supaya segera menghantar bekalan air. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.