'Tom dan Fuad Rahman nak bercinta, itu hak individu'

‘Tom dan Fuad Rahman nak bercinta, itu hak individu’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bintang Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7), Mus, 54, berpandangan kisah percintaan antara Tom dan Fuad Rahman selaku peserta GV9 adalah hak peribadi dan pilihan hidup masing-masing.

Selaku alumni program realiti edisi 2020 dan otai dalam industri muzik, Mus juga beranggapan asalkan hubungan yang terjalin itu berakhir dengan baik dan ke jinjang pelamin.

“Mereka bukan tahap budak-budak. Itu hak individu (bercinta) sebab setiap penyanyi dalam GV ini berbeza ada yang baharu dan lama.

“Selepas GV, masing-masing mempunyai kehidupan dan profesion peribadi. Ada yang hendak kahwin bagi saya okay sahaja, asalkan akhirnya jadi baik,” katanya semasa ditemui, baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Mus atau nama sebenarnya Mustaffa Din berkata, banyak perkara positif yang dipelajari sepanjang berada dalam GV yang membantu kelangsungan karier setiap penyanyi dalam industri seni.

Bekas vokalis Wings dan May itu berkata, terpulang kepada setiap peserta sama ada mahu dilihat positif atau negatif sebaik melangkah keluar daripada pentas pertandingan itu.

“Ada beberapa pengalaman berguna sepanjang berada dalam GV. Contohnya, apa persediaan yang perlu dibuat sebelum menyanyi, bila sudah berada di dalam pertandingan ini, banyak perkara dipelajari.

“Selama 10 minggu saya menempuh cabaran dalam GV, kalau nyanyi satu lagi rasa macam setengah jam kena menyanyi. Kalau dahulu, nyanyi sumbang masa buat persembahan pun orang tak kisah, tapi dalam GV lain,” kongsinya.

Terdahulu, Fuad mengaku sedang menjalin hubungan cinta bersama Tom yang merupakan bekas kekasihnya sejak minggu kedua bersama GV9.

Kontroversi mereka semakin hangat diperkatakan selepas ramai mula mempertikai hubungan mereka kerana Fuad sebelum ini mengaku sudah beristeri.

Fuad bagaimanapun, mendedahkan dia sudah berpisah Oktober lalu selepas enam bulan mendirikan rumah tangga.

Kisah percintaan mereka semakin memuncak selepas Kosmo hari ini melaporkan Fuad bakal bernikah dengan kekasih hatinya dalam tempoh terdekat bagi menamatkan segala spekulasi dan ‘mulut jahat’ yang tidak henti bercakap mengenai hubungan mereka.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya