Tiga penyamun dicekup kurang 24 jam

Tiga penyamun dicekup kurang 24 jam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULIM: Tiga lelaki tidak sempat berjoli hasil samun seorang buruh warga Bangladesh selepas berjaya ditahan polis kurang 24 jam selepas mangsa membuat laporan dalam kejadian di Jalan Resak, di sini ,kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11 malam, mangsa sedang berehat di hadapan rumah pekerja sebelum didatangi tiga lelaki yang secara tiba-tiba memukulnya lalu menyamun dompet mangsa.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintenden Mohd. Redzuan Salleh berkata, mangsa kemudian membuat laporan di Balai Polis Kulim semalam dan berdasarkan maklumat diperolehi, polis mengesan kad bank mangsa yang digunakan pihak lain di Ipoh, Perak.

“Sepasukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Kulim bergegas ke lokasi terbabit lalu menahan tiga suspek berusia 30-an itu kira-kira pukul 3 pagi ini.

“Dalam serbuan itu polis turut merampas tiga resit pembelian barangan makanan yang menggunakan kad bank mangsa serta beberapa buah telefon bimbit,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Mohd. Redzuan, hasil pemeriksaan keatas tiga saspek itu mendapati kesemua mereka mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan jenayah dan dadah.

Ujarnya, hasil ujian saringan awal air kencing keatas ketiga-tiga saspek juga mendapati mereka positif dadah jenis methaphetamine dan kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan serta kesemua suspek kini direman selama lima hari sehingga 23 Januari ini. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.