Tiga lelaki edar dadah berdepan hukuman gantung

Tiga lelaki edar dadah berdepan hukuman gantung

A. Vedhiswaran (kiri); Velu (kanan) V. Balan (dua kanan) didakwa mengedar dadah di Mahkamah Majistret Sungai Petani.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Tiga lelaki berdepan hukuman gantung selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini hari ini atas kesalahan mengedar dadah minggu lalu.

Ketiga-tiga mereka iaitu V. Balan, 36, dan A. Vedhiswaran, 22, bersama seorang lagi tertuduh warga Myanmar, Velu, 24, hanya mengangguk faham setelah pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret M. Kalairasi. Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada ketiga-tiga tertuduh.

Mengikut pertuduhan, mereka dituduh secara bersama mengedar dadah jenis heroin dengan anggaran berat 1,660.5 gram di sebuah pondok berbumbung di pekarangan kandang lembu di Kampung Sungai Division, kira-kira pukul 11 malam, 9 Januari lalu.

Mereka yang tidak mempunyai pekerjaan tetap didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B (2) akta sama yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan mereka boleh dikenakan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan jika tidak dihukum gantung boleh dikenakan sebatan tidak kurang daripada 15 sebatan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Hafizah Mat Shah manakala kesemua tertuduh tidak diwakili peguam. Mahkamah menetapkan 20 Mac ini untuk sebutan semula kes bagi menunggu keputusan laporan kimia. 

Pada 14 Januari lalu, akhbar melaporkan polis menumpaskan sindiket penyeludupan dan pengedaran dadah yang menjadikan sebuah pondok berdekatan kandang lembu sebagai markas selain merampas dadah jenis heroin seberat 1.67 kilogram bernilai RM58,496. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya