Tidak wajar serah kepada JPP agih bantuan banjir - Samsuri

Tidak wajar serah kepada JPP agih bantuan banjir – Samsuri

AHMAD Samsuri Mokhtar (lima dari kanan) bersama barisan pelumba TSG pada majlis memperkenalkan pasukan itu di Kuala Terengganu, malam tadi. - FOTO/TENGKU DANISH BAHRI TENGKU YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Keputusan kerajaan Pusat menyerahkan sepenuhnya tugas proses agihan bantuan banjir kepada Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) disifatkan sebagai tidak wajar.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, kerajaan negeri sepatutnya terlibat dalam menyelaras proses bantuan tersebut untuk mengelak berlaku pertindihan

“Tindakan menyerahkan tugas agihan bantuan kepada JPP tanpa agensi di bawah kerajaan negeri mempunyai banyak kelemahan yang akan menjejaskan mangsa banjir.

“Untuk menguruskan mangsa banjir perlu ada kerjasama agensi kerajaan Pusat dan negeri, baru wujud keharmonian malah bantuan boleh disalurkan dengan lancar kepada penerima.

“Amalan lepas-lepas tak buat seperti itu. Seharusnya serah kepada kerajaan negeri untuk uruskan. Isu kenapa kerajaan Pusat bagi kepada JPP, saya tidak pasti,” katanya.

Ahmad Samsuri berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Memperkenalkan Pasukan Terengganu Polygon Cycling Team (TSG) di sebuah hotel di sini, malam tadi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pada 21 Disember tahun lalu mengumumkan bantuan RM100 juta kepada Kelantan dan Terengganu yang terjejas teruk dengan bencana banjir.

Dalam perkembangan sama, Ahmad Samsuri menjelaskan pihaknya kini dalam proses pemutihan senarai nama sebelum mengagihkan bantuan RM1,000 daripada kerajaan negeri.

“Kami sedang memproses dan mengesahkan senarai ketua isi rumah (KIR). Fokus kerajaan negeri adalah untuk menyegerakan bantuan mungkin bulan ini atau Februari,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya