Tiada laporan kehilangan kes mayat dalam guni - Utusan Malaysia

Tiada laporan kehilangan kes mayat dalam guni

Mayat guni
S. Vijaya Rao beramah mesra bersama pengunjung semasa sesi walkabout sempena Tahun Baru Cina 2023 di Pasar Pagi Taman Eng Ann di Klang, Selangor, hari ini. - UTUSAN / AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Polis belum menerima laporan polis kehilangan ahli keluarga atau waris berkaitan kes penemuan mayat dalam guni di tepi Jalan Persiaran Aman Perdana 1 di sini, 12 Januari lalu.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, pihaknya masih dalam proses pengecaman bagi mengenalpasti identiti mayat berkenaan walaupun berdepan kesukaran berikutan keadaannya sudah reput.

“Setakat ini, tiada laporan polis berkaitan kehilangan ahli keluarga diterima di sekitar Klang dan Shah Alam. Namun, kita sudah meminta bantuan agensi berkaitan bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenainya,” katanya ketika ditemui pada program Walkabout sempena Tahun Baharu Cina di Pasar Pagi Taman Eng Ann di sini, hari ini.

Satu mayat dipercayai lelaki tanpa identiti dengan keadaan berkain sarung berwarna biru mulai mereput dilaporkan ditemui berbungkus dalam guni berwarna putih di tepi jalan berkenaan kira-kira pukul 6.20 petang.

Jelas Vijaya, pihaknya turut tidak menolak kemungkinan mayat itu warga asing kerana tiada dokumen pengenalan diri.

“Mayat berkenaan ketika ini masih berada di Hospital Shah Alam bagi proses bedah siasat. Kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” ujarnya.

Tambah beliau, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi pegawai penyiasat Asisten Superintendan You Swee Leong di talian 012-4071452 atau Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara di 03-32912222 serta balai polis berhampiran. 

Sementara itu, dalam perkembangan berasingan, Vijaya menasihatkan penduduk daerah ini supaya mengisi borang mengisi borang maklumat balik kampung sebagai langkah mencegah jenayah sepanjang sambutan Tahun Baharu Cina.

“Borang itu perlu diisi antaranya di balai polis berdekatan bagi memaklumkan lokasi dan jumlah hari ketiadaan mereka di rumah. Ia bagi memudahkan lagi anggota polis menjalankan pemantauan rondaan cegah jenayah secara menyeluruh di kawasan berkenaan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya