Tiada kerjasama hadapi PRN – GTA

Tiada kerjasama hadapi PRN – GTA

logo GTA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Gerakan Tanah Air (GTA) mengesahkan tiada kerjasama rasmi dengan gabu­ngan parti politik lain termasuk Perikatan Nasional (PN) untuk berdepan Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri.

Bercakap kepada Mingguan Malaysia, Ketua Setiausaha penaja GTA, Datuk Marzuki Yahya berkata, gabungan itu perlu mendapat kelulusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) sebelum menetapkan hala tuju politiknya mendepani PRN .

Bekas Timbalan Presiden Pejuang itu berkata, mesyuarat Majlis Presiden yang diadakan tiga hari lalu juga tidak menyentuh soal kerjasama dengan parti politik lain.

Jelasnya, pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lalu, pihaknya bukan menilai kerjasama dalam bentuk gabungan rasmi, tetapi hanya berkonsepkan electoral pact’ menyaksikan parti politik bersepakat bertanding di kawasan masing-masing bagi mengelakkan pertembungan.

MARZUKI YAHYA

“Apa yang penting sekarang adalah terus memperkasa GTA sahaja, kerana kami adalah satu-satunya gabungan yang membawa gerakan Melayu baharu menghadapi situasi dan masalah negara yang dihadapi hari ini.

“Kami akan terus memastikan sentiasa menjadi kaum majoriti dan menjadi kuasa politik terbesar. Jadi, soal kerjasama ini tidak dibincangkan,” katanya ketika dihubungi semalam.

GTA adalah gabungan politik yang masih belum diluluskan RoS dianggotai empat parti komponen utama iaitu Pejuang, Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), Parti Berjasa (Berjasa) dan Parti Perikatan India Muslim Nasional (IMAN).

Dalam Perhimpunan Agung Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) kali kedua baru-baru ini, Presidennya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir mengumumkan keputusan parti keluar daripada GTA bagi memberi tumpuan kepada usaha pengukuhan parti sebelum memberi nilai tambah kepada mana-mana gabungan.

Tindakan Pejuang menyebabkan hala tuju GTA tidak jelas, bagaimanapun, parti-parti komponennya menegaskan keputusan Pejuang tidak memberi ke­san kepada gabungan berkenaan.

Dalam pada itu, Presiden Parti Putra, Datuk Ibrahim Ali ketika dihubungi juga menyatakan hal sama yang GTA mesti didaftarkan RoS dahulu.

“Soal dasar-dasar parti ini tidak boleh cakap. Mesyuarat Majlis Presiden baru-baru ini hanya berbincang mengenai hala tuju GTA.

“Tetapi, kami masih me­nunggu kelulusan RoS, jadi selepas itu baru boleh muktamadkan dengan jelas apa hala tuju kami,” katanya. –utusan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya