Tanah Rizab Melayu bukan isu baru - Mohd. Azmi - Utusan Malaysia

Tanah Rizab Melayu bukan isu baru – Mohd. Azmi

Tanah rizab melayu
MOHD. AZMI ABDUL HAMID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Isu kehilangan Tanah Rizab Melayu dan Tanah Wakaf dianggap bukan isu baru dan pernah disuarakan dalam pelbagai mesyuarat dan forum anjuran organisasi bukan kerajaan (NGO).

Pengerusi Majlis Tindakan Tanah Melayu, Mohd. Azmi Abdul Hamid berkata, hal tersebut pernah dilontarkan berkali-kali oleh pelbagai pihak dan dimaklumkan kepada Majlis Tanah Negara, namun keadaan disifatkan menjadi sebaliknya.

“Kebimbangan terhadap isu Tanah Rizab Melayu akan pupus pernah disuarakan oleh pelbagai pihak agar ia dipertahankan. Pelbagai saranan dihasilkan tetapi isu tersebut masih berlegar dan tidak diselesaikan dengan tuntas.

“Laporan yang diserah kepada SPRM dalam beberapa kes di Perak oleh pihak tertentu menunjukkan pihak berkuasa negeri tidak bertindak segera berdasarkan laporan Jabatan Audit Negara (JAN).

“Kami menggesa agar polemik mengenai isu ini tidak sekadar membawa naratif kes-kes penyelewengan dan kepincangan yang berlaku, sebaliknya perlu menilai semula sistem pengawalan dan pematuhan kepada Enakmen Rizab Melayu dan Kanun Tanah Negara (KTN),” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Beliau menambah, kerajaan digesa sistem dan perundangan berhubung Tanah Rizab Melayu dan Tanah Wakaf disemak semula dan dibaiki kelemahannya.

Menurut Mohd. Azmi lagi, kerugian terhadap pengabaian dan kehilangan Tanah Rizab Melayu bukan sahaja dialami kerajaan dari segi kutipan cukai, bahkan suatu amanah sebagai aset orang Melayu yang hilang.

Justeru, beliau menyeru kerajaan membentangkan kertas putih mengenai kedudukan Tanah Rizab Melayu dan Tanah Wakaf dan mewujudkan Suruhanjaya Diraja Tanah Rizab Melayu untuk menyelamatkannya.

“Sebuah agensi khas perlu diwujudkan dibawah Majlis Tanah Negara dengan kerjasama kerajaan negeri untuk menguruskan hal ehwal Tanah Rizab Melayu dari segi undang-undang dan pembangunan,” tegasnya

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan, pengurusan tanah rizab Melayu di Perak dikesan kurang cekap sehingga mengakibatkan sekurang-kurangnya 3,214 hektar tanah rizab Melayu di Mukim Jaya Baru dan Sitiawan dipindah milik kepada bukan Melayu secara tidak sah. 

Jelas laporan itu lagi, tindakan itu bertentangan dengan Seksyen 19 Enakmen Rizab Melayu 142 dan tidak mengikut Seksyen 419 Kanun Tanah Negara.

Mohd. Azmi yang juga Presiden Teras Pengupayaan Melayu (Teras) menyatakan pemindahan Tanah Rizab Melayu kepada bukan Melayu menyalahi Enakmen Rizab Melayu negeri dan KTN.

“Ratusan hektar Tanah Rizab Melayu dipindah milik kepada bukan Melayu secara tidak sah. Malah ada kes pencerobohan dalam tempoh yang lama.

“Mengikut laporan JAN, berlaku pindah milik yang diganti dengan tanah tidak mengikut nilai dan sifat sama seperti syarat termaktub di dalam Perkara 89 Perlembagaan Persekutuan,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.