Takut komen disalah tafsir, Mas Idayu membisu seketika - Utusan Malaysia

Takut komen disalah tafsir, Mas Idayu membisu seketika

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Meskipun pada mulanya mengambil pendirian untuk mengunci mulut daripada memberikan komen, juri tetap program realiti, Famili Duo, Mas Idayu bersikap profesional apabila berusaha melunaskan amanah yang dipertanggungjawabkan.

Penyanyi dangdut sensasi itu pada mulanya enggan mengulas persembahan Siti Sisters yang disertai Siti Sairah dan Siti Saida, namun akhirnya membuka mulut apabila melontarkan komen selepas pasangan adik-beradik, Ayda dan Fyna Jebat selesai membuat persembahan.

“Saya sebenarnya tidak kisah dicerca dan dihina. Tidak kisah sama sekali. Yang saya takut bila saya tidak mahu menegur. Apapun, saya okay dan happy,” katanya.

Terdahulu, juri bersama Famili Duo, Ajai berkata, dia menghormati keputusan penyanyi dangdut tersebut untuk hanya memberi markah tanpa sebarang ulasan.

“Saya ada pengumuman. Saya menghormati keputusan Mas Idayu untuk tidak memberi komen apa-apa hari ini.

“Dia takut komen akan disalah anggap atau disalah tafsir,” katanya sebelum memberi komen terhadap persembahan Siti Sisters.

Tindakan tersebut dipercayai susulan kontroversi komen pedas yang diberikan terhadap persembahan Sissy Iman dan Naim Daniel, minggu lalu.

Bagaimanapun, Mas Idayu akhirnya membuka mulut dan memberi komen terhadap persembahan Ayda dan Fyna Jebat pada pusingan Separuh Akhir Famili Duo yang berlangsung di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, di sini, malam ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.