Tahun Baharu Cina: Jumlah kenderaan masuk Terengganu naik

Tahun Baharu Cina: Jumlah kenderaan masuk Terengganu meningkat sekali ganda

HANAFIAH Mat (tiga, kiri) memperkatakan sesuatu kepada seorang pemandu selepas melancarkan Kempen Keselamatan Jalan Raya sempena Tahun Baharu Cina di Pulau Warisan, Kuala Terengganu, hari ini. - UTUSAN/TENGKU DANISH BAHRI TENGKU YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Aliran trafik di jalan-jalan utama negeri ini dijangka mengalami kesesakan berikutan peningkatan jumlah kenderaan sekali ganda pada musim perayaan Tahun Baharu Cina ini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Terengganu, Superintenden Ismail Man berkata, sebanyak 240,000 kenderaan dijangka memasuki negeri ini secara berperingkat bermula pada 20 hingga 25 Januari ini.

Menurutnya, kebanyakan pengguna jalan raya itu pulang untuk menyambut Tahun Baharu Cina dan bercuti di negeri ini.

“Kita menganggarkan peningkatan sekali ganda iaitu 40,000 kenderaan sehari akan memasuki Terengganu pada sambutan musim perayaan Tahun Baharu Cina, tahun ini.

“Persiapan telah dilakukan bagi mengurangkan kesesakan tersebut menerusi penugasan 17 pegawai dan 142 anggota polis trafik di seluruh ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Kempen Keselamatan Jalan Raya sempena Tahun Baharu Cina di Pulau Warisan di sini, hari ini.

Kempen tersebut dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat.

Ismail berkata, sebanyak 20 kawasan panas yang kerap berlaku kemalangan telah dikenal pasti di seluruh negeri ini.

Jelas beliau, antaranya Jambatan Sultan Mahmud, Kuala Terengganu; Jalan Sungai Ikan – Felda Belara, Kuala Nerus; Jalan Kuala Terengganu – Kuantan berhampiran Bukit Bauk, Dungun dan Jalan Mak Lagam-Cheneh, Kemaman sementara kawasan panas kesesakan lalu-lintas antaranya Jambatan Angkat Kuala Terengganu; Jambatan Marang; Jambatan Jertih, Besut dan Jalan Kuala Terengganu – Kota Bharu berhampiran Permaisuri, Setiu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.