Tahap kesihatan merosot, Ibnor Riza ditahan di HKL

Tahap kesihatan merosot, Ibnor Riza ditahan di HKL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi popular era 1980-an, Ibnor Riza, 62, dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) susulan kondisi kesihatan yang dilaporkan semakin memburuk sejak semalam.

Perkembangan itu dimaklumkan penyanyi, Nizam Laksamana menerusi perkongsian di Facebook mengenai keadaan terkini Ibnor yang ditempatkan di bilik isolasi di HKL.

Katanya, Ibnor yang popular menerusi lagu Mimpi Yang Tak Sudah mengalami sakit kepala yang teruk sehingga hampir pitam akibat pelbagai penyakit sebelum ini.

“Suaranya juga semakin lemah, hilang selera makan dan tidak boleh bercakap seperti biasa. Selain tekanan darah rendah, dia juga tidak boleh telan makanan serta berdepan beberapa simptom penyakit yang belum diketahui secara terperinci.

“Sebelum ini, dia pernah mendapatkan rawatan di klinik, jadi kita harap dengan pemeriksaan lebih menyeluruh di HKL, tahap kesihatannya akan beransur pulih,” katanya.

Menerusi perkongsian itu juga, Nizam berharap orang ramai dapat memanjatkan doa supaya teman baiknya itu beroleh kesembuhan dan diringankan penderitaan.

“Marilah sama-sama kita doakan kesembuhan Ibnor. Mudah-mudahan ada doa daripada kawan-kawan yang Allah SWT perkenan dan angkat serta disembuhkan daripada apa jua sakit yang dialaminya,” katanya.

Sebelum ini, Utusan Malaysia melaporkan, Ibnor diserang pelbagai penyakit serentak seperti kencing manis, darah tinggi, migrain dan tahap kolesterol tinggi.

Disebabkan masalah itu, Ibnor turut mengalami bengkak pada bahagian leher di sebelah kiri akibat nanah yang terkumpul.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya