Tanah runtuh cetus panik penduduk Pangsapuri Damai Perdana

Tanah runtuh cetus panik penduduk Pangsapuri Damai Perdana

ANGGOTA bomba menutupi kawasan tanah runtuh dengan kanvas di Flat Bandar Damai Perdana, Bandar Tun Hussein Onn, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penduduk Pang­sapuri Damai Perdana ce­mas selepas menyedari seba­ha­gian cerun berhampiran ke­diaman mereka runtuh ketika sedang menikmati makan malam di sebuah restoran berhadapan pangsapuri berkenaan.

Seorang penduduk, Muhammad Fitri Abu Seman, 35, berkata dia bersama ibu mentuanya, Anum Shariff, 73, menyedari kejadian tanah runtuh ketika sedang minum di sebuah restoran berhadapan pangsapuri berke­naan.

Katanya, suasana malam yang tenang bertukar cemas selepas mereka menyedari sebahagian cerun berdekatan pangsapuri itu runtuh.

Mereka kemudian menghu­bungi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bagi melaporkan insiden berkenaan serta memohon bantuan.

“Ini kali pertama kejadian seumpama ini berlaku di pangsapuri ini.

“Sebelum ini pernah dilaporkan kejadian tanah runtuh di sebuah sekolah menengah berhampiran,” katanya ketika ditemui semalam.

Terdahulu media melaporkan, sebanyak 45 unit rumah di Blok D, Pangsapuri Damai Perdana membabitkan 82 penghuni diarahkan dikosongkan demi keselamatan susulan kejadian tanah runtuh malam tadi.

Muhammad Fitri berkata, dia dan keluarganya buat masa ini tidak bercadang untuk berpindah keluar memandangkan mereka masih belum menerima sebarang arahan daripada pihak berkuasa.

Dalam pada itu, katanya, pi­hak berkuasa tempatan (PBT) diharap dapat menyalurkan be­kalan air untuk kegunaan penduduk memandangkan paip utama ditutup sementara bagi mengelakkan keadaan itu menyebabkan pergerakan tanah.

Seorang penduduk Blok D, Pangsapuri Damai Perdana, di sini, bergegas pulang selepas menerima panggilan telefon daripada isterinya yang memaklumkan berlaku kejadian tanah runtuh berhampiran kediaman mereka.

Muhammad Syakir Nabil Azman, 32, berkata, dalam ke­adaan cemas isterinya meminta supaya segera pulang malah memaklumkan ada pihak yang meminta supaya semua pendu­duk keluar dari rumah.

“Isteri saya telefon dan suruh saya balik cepat. Dia kata orang di bawah rumah menjerit meminta semua keluar kerana berlaku tanah runtuh.

“Saya terus pulang dan membawa isteri serta anak keluar dari rumah,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Dia yang sudah tinggal di pangsapuri itu sejak dua tahun lalu berkata, penduduk tidak merasakan sebarang gegaran atau pergerakan pada struktur bangunan cuma terdapat aliran air berlumpur dari kawasan ta­nah runtuh.

Seorang lagi penduduk Muhammad Fitri Abu Seman, 35, berkata, kejadian kira-kira pukul 8.48 malam itu diseda­rinya ketika sedang minum di sebuah kedai makan yang terletak di hadapan pangsapuri ber­kenaan.

Menurutnya, keadaan bertu­kar cemas apabila menyedari tanah di kawasan berhampiran tiba-tiba runtuh.

Tanpa berlengah, mereka te­rus menghubungi pihak bomba bagi memaklumkan kejadian dan mendapatkan bantuan.

“Ini merupakan kejadian pertama yang berlaku di pangsapuri ini. Sebelum ini, ada kejadian tanah runtuh turut dilaporkan berlaku di sebuah sekolah menengah kebangsaan yang terletak berhampiran pangsapuri ini,” ujarnya.

Muhammad Fitri berkata, dia dan keluarganya buat masa ini tidak bercadang untuk berpindah keluar memandangkan mereka masih belum menerima sebarang arahan daripada pihak berkuasa.

Dalam pada itu, katanya, pi­hak berkuasa tempatan (PBT) diharap dapat menyalurkan be­kalan air untuk kegunaan penduduk memandangkan paip utama ditutup sementara bagi mengelakkan keadaan itu menyebabkan pergerakan tanah.

Terdahulu media melaporkan, sebanyak 45 unit rumah di Blok D, Pangsapuri Damai Perdana membabitkan 82 penghuni diarahkan dikosongkan demi keselamatan susulan kejadian tanah runtuh malam tadi.

Ahli Majlis Majlis Perban­daran Kajang (MPKj) Zon 6, Tan Kah Hoe berkata, sebagai langkah awal kecemasan, MPKj menutup kawasan cerun yang terjejas menggunakan kanvas bagi mengurangkan risiko pergerakan tanah berulang.

Menurutnya, pemeriksaan awal turut mengesahkan kawasan runtuhan berkenaan berada di bawah seliaan Badan Pengurusan Bersama (JMB) pangsapuri terbabit.

“Pihak JMB yang masih beroperasi secara aktif kini sedang membuat semakan dengan pihak insurans bagi memastikan sama ada insiden kegagalan cerun ini dilindungi di bawah polisi sedia ada,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×