Suri rumah dituduh beri khidmat putihkan gigi tanpa lesen dihadapkan ke mahkamah - Utusan Malaysia

Suri rumah dituduh beri khidmat putihkan gigi tanpa lesen dihadapkan ke mahkamah

NORAZIA Abdul Rahman (kanan) yang dituduh memberi perkhidmatan memutihkan gigi tanpa lesen dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, Terengganu, hari ini. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Seorang suri rumah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu di sini hari ini atas tuduhan memberi perkhidmatan memutihkan gigi tanpa lesen pada 2021.

Tertuduh, Norazia Abdul Rahman, 41, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Hakim Nazlyza Mohamad Nazri.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa menyediakan perkhidmatan pemasangan ‘veneer’ tanpa didaftarkan di bawah Seksyen 27 Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 (Akta 586).

Kesalahan itu dilakukan tertuduh di sebuah bilik hotel di bandar raya ini kira-kira pukul 5.55 petang pada 20 Ogos 2021.

Norazia didakwa di bawah Seksyen 4(1) Akta 586 yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM300,000 atau penjara tidak lebih enam tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM3,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 6 Februari ini sebagai tarikh sebutan semula.

Prosiding pendengaran dikendalikan Pegawai Pendakwa Kementerian Kesihatan Malaysia, Nozaizeli Abu Samah manakala tertuduh tidak diwakili peguam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya