Shahidan cadang Zahid kekal presiden seumur hidup - Utusan Malaysia

Shahidan cadang Zahid kekal presiden seumur hidup

SHAHIDAN KASSIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU : Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan mencadangkan beliau kekal sebagai Presiden UMNO seumur hidup.

Dalam masa sama, bekas Ketua UMNO Bahagian Arau itu juga mencadangkan agar kes mahkamah Ahmad Zahid ditangguhkan sehingga lima tahun supaya beliau boleh mentadbir negara dengan aman dan damai.

“Saya mengucapkan tahniah kerana presiden sebuah parti tidak perlu dipertandingkan.

“Saya mencadangkan agar beliau (Ahmad Zahid) menjadi presiden seumur hidup dan kes mahkamah ditangguhkan sehingga lima tahun supaya beliau boleh mentadbir negara dengan aman dan damai.

“Takziah juga buat perwakilan yang telah kalah dalam usul tambahan tersebut. Jangan bimbang, jumpa saya di Parlimen tanpa tolak ansur,” katanya dalam status Facebooknya di sini hari ini.

Mingguan Malaysia hari ini melaporkan, Ahmad Zahid dan Datuk Seri Mohamad Hasan kekal sebagai Presiden dan Timbalan Presiden UMNO setelah perwakilan meluluskan usul kedua-dua jawatan itu tidak dipertandingkan dalam pemilihan parti itu akan datang.

Keputusan itu dicapai setelah majoriti perwakilan bersetuju terhadap cadangan agar Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan menerusi satu usul tambahan oleh wakil UMNO Bahagian Rembau, Mohd. Shukri Shamsudin kelmarin.

Ini setelah undian dibuat melibatkan kira-kira 5,523 perwakilan yang bangun berdiri menyokong usul itu melebihi jumlah yang tidak menyokong.

Kelmarin, cadangan usul tambahan itu mendapat reaksi berbeza para perwakilan apabila termasuk melibatkan daripada Badan Perhubungan UMNO Negeri seperti Wilayah Persekutuan dan Johor menolak usul tersebut dan mahu kedua-dua jawatan berkenaan dipertandingkan.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya