Sembilan rumah rosak dilanda ribut - Utusan Malaysia

Sembilan rumah rosak dilanda ribut

ANGGOTA APM Bandar Baharu sedang melakukan kerja-kerja pemotongan pokok tumbang yang terkena bumbung rumah penduduk dalam kejadian ribut di Mukim Serdang, Bandar Baharu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANDAR BAHARU: Sembilan buah rumah dilaporkan terjejas selepas dilanda ribut dalam kejadian di Bandar Baharu, di sini kira-kira pukul 3 petang semalam.

Bencana itu mengakibatkan bahagian bumbung rumah yang terlibat diterbangkan angin kencang selain dihempap pokok yang tumbang di kawasan sekitar. 

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Bandar Baharu, Leftenan (PA) Abdul Rahim Khairuddin berkata, daripada jumlah terlibat, enam daripadanya di Kampung Batu 18 dan tiga lagi di Taman Kenanga, Serdang.

Katanya, lapan anggota APM bergegas ke tempat kejadian untuk membersihkan serta memotong pokok yang tumbang sebaik menerima laporan.

“Dalam kejadian itu kebanyakkan rumah mengalami kerosakan di bahagian bumbung akibat di terbangkan angin serta dihempap dahan pokok.

“Tiada mangsa yang terlibat, ini kerana kebanyakkan pokok yang tumbang menghempap bahagian garaj kereta serta bahagian tepi bumbung rumah,” katanya ketika dihubungi hari ini. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya