Segera bina benteng pemecah ombak

Segera bina benteng pemecah ombak

HANAFIAH MAT (kanan) meninjau keadaan salah sebuah rumah penduduk yang runtuh dalam kejadiann runtuhan pantai di Kampung Geliga Baru, Kemaman, Terengganu - UTUSAN/NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Kerajaan Pusat digesa menyegerakan pembinaan benteng pemecah ombak bagi menyelesaikan masalah hakisan pantai di Kampung Geliga Baru, di sini yang semakin serius.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Bencana Negeri, Hanafiah Mat berkata, hakisan pantai yang berlaku sejak 10 tahun lalu semakin serius apabila lebih banyak rumah penduduk runtuh akibat hakisan selepas kawasan tersebut dibadai ombak.

“Kita telah mengangkat permohonan kepada kementerian pada Januari tahun lalu untuk membina benteng pemecah ombak dan penambakan pantai. Kita harap Kerajaan Pusat memberi perhatian segera untuk menyelesaikan isu ini,” katanya ketika ditemui di Kampung Geliga Baru, di sini, semalam.

Hanafiah berkata, setakat ini, lebih 20 penduduk dipindahkan menerusi Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di Kampung Paya Berenjut selepas kediaman mereka runtuh berikutan hakisan pantai.

“Apa yang dibimbangkan, taman bimbingan kanak-kanak (tabika) juga berisiko runtuh berikutan pagarnya telah musnah. Mungkin kalau Februari ini berlaku lagi fenomena air laut pasang besar, tadika itu akan runtuh dan kanak-kanak tidak dapat bersekolah.

“Selain itu, lebih lapan buah rumah penduduk lain termasuk balai raya dimasuki air dan pasir setiap kali ombak besar melanda dan ada antaranya hanya menunggu masa untuk roboh,” katanya.

Dalam kejadian pada awal pagi semalam, dua buah rumah penduduk runtuh selain pagar tadika roboh dipukul ombak.

Ahli Dewan Undangan Negeri Chukai itu berkata, untuk penyelesaian jangka pendek, pihaknya akan membina beting pasir selepas monsun timur laut berakhir.

Utusan Malaysia semalam melaporkan, rumah di Kampung Geliga Baru, dekat sini rosak apabila bahagian dapur runtuh akibat hakisan pantai selepas dibadai ombak dalam fenomena air laut pasang besar dan angin kencang yang berlaku awal pagi, semalam. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.