Rayuan Peter 15 Mac, didengar hakim baharu

Rayuan Peter 15 Mac, didengar hakim baharu

PETER ANTHONY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Rayuan bekas Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah, Datuk Peter Anthony bagi mengetepikan sabitan dan hukuman penjara tiga tahun serta denda RM50,000 yang dijatuhkan terhadapnya bagi kesalahan menggunakan dokumen palsu, akan didengar pada 15 Mac ini di hadapan hakim Mahkamah Tinggi yang baharu.

Timbalan Pendakwa Raya Haresh Prakash Somiah berkata, hakim baharu itu ialah Datuk Ahmad Bache yang menggantikan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah yang kini Hakim Mahkamah Rayuan. 

Hakim Ahmad merupakan hakim yang mengendalikan kes-kes sivil di Mahkamah Tinggi di sini.

“Tarikh baru pendengaran rayuan itu ditetapkan oleh jurubahasa mahkamah,” katanya ketika ditemui pemberita selepas memperoleh tarikh tersebut.

Hari ini sepatutnya ditetapkan untuk mendengar rayuan Peter di hadapan Hakim Collin.  Turut hadir, Peter dan peguamnya, S. Devanandan.

Pada Jun 2022, Peter, 51, memfailkan rayuan terhadap hukuman penjara tiga tahun dan denda RM50,000 yang dijatuhkan oleh Mahkamah Sesyen di sini pada 26 Mei 2022.

Beliau didapati bersalah memalsukan surat berhubung kontrak kerja penyelenggaraan dan perkhidmatan Sistem Mekanikal dan Elektrik (M&E) di Universiti Malaysia Sabah (UMS) pada 2014.

Peter, sebagai Pengarah Urusan Syarikat Asli Jati Sdn Bhd, didakwa memalsukan surat pejabat Timbalan Naib Canselor UMS bertarikh 9 Jun 2014 iaitu memasukkan pernyataan palsu dengan niat digunakan untuk tujuan menipu.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di pejabat Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri, bangunan Perdana Putra, Putrajaya antara 13 Jun dan 21 Ogos 2014

Perayu didakwa mengikut Seksyen 468 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda.

Bagaimanapun, Presiden Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) itu telah membayar denda berkenaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya